Monday, December 11, 2017

MEMOIR SEORANG PESARA----NO. 79........SEKOLAH BARU DAN ISTERI PUN BARU.....DAPAT INSPIRASI BARU



submitted by nginapsrengenge
Kini bila mendapat tugas baru…….berhijrah dari mengajar bahasa inggeris ke sastera melayu di sekolah baru……………….jiwaku pulih dan boleh dikatakan bertambah baik………………suasana sekolah baru menakjubkan aku………………seluruh warga sekolah bersatu hati……………..guru,bukan guru dan pelajar……………sedikit2 masaalah dapat di atasi bersama……………..semua guru beri backing kepada pengetua , sesama sendiri , dan juga support guru displin dalam semua hal………………………aku melihat kerjasama yang mereka berikan kepada Hari Bahasa dan sastera…………..cukup memberi kepuasan kepada AJK Panatia Bahasa dan sastera………………sehingga lahirnya ia menjadi acara tahunan…………………….
Acara sukan cukup sukses…………..lahir beberapa jagoh sukan…………….Ganesan menjadi jaguh di sukan Remaja Asia Tenggara dalam acara 3000 meter ………….lahirlah juga beberapa nama di peringkat daerah dan negeri………….tak dapat ku sebut nama2 mereka kerana tak tersimpan dalam memori ku………..Seroja Sejati …….baru terlintas di otak ku…………….Azura Hussein dan dah tak timbul lagi peserta2 yang lain.
Bebagai kegiatan berjalan sepanjang tahun……………..semasa cuti penggal pertama di adakan KUPIMPIN……………ATAURCARA KURSUS UNTUK PENGAWAS2 SEKOLAH untuk seluruh negeri di polopori oleh badan displin sekolah………….semua peserta luar di tempatkan di asrama sekolah………………masa diadakan 5 hari siang dan malam…………….kutipan wang alhamdulillah mencurah2 datang dari luar…………….penceramah2 di jemput dari luar termasuk pegawai2 dari kementerian………………..ini semua memantapkan sekolah yang penuh berdisplin……………….hasilnya kami terpilih sebagai sekolah Tercantik dan Bersih di peringkat negeri 3 tahun berturut2………………..justeru kami juga dapat keputusan SPM dan SRP below 10 tiga tahun berturut2………………….sebagai sebuah sekolah luarbandar. ia mendapat perhatian kementerian , dan sekaligus ,sekolah layak menubuhkan Kelas Sains tingkatan 4 dan 5……………juga dibenarkan menubuh kelas tingkatan 6 sastera………
Baginda Sultan Kedah ingin melawat…………….kami sambut baginda ke satu majlis besar2an……………..kerjaan negeri memberi support dan sekolah berjaya membangunkan sebuah kelas tutorial untuk tingkatan 6 dan sebuah perpustakaan sekolah Al Jawahir……………kerja usaha membina kedua2nya di buat oleh guru2 dan para pekerja sekolah………………..satu usaha yang sangat bermakna…………………semuanya diatas nama BEKERJASAMA……………
Gambar kenang2an di Majlis Makan Malam SMSik 50 Tahun

No comments: