BISSMILLAH. Srengenge nyunar kanti mulya, Angine midit kawandana, Manuke ngoceh ana ing wit witan, Kewane nyenggut ana ing pasuketan, Kabeh pada muji Allah Kang Mulya... Bermaksud :- Matahari menyinarkan kemuliaan, Dan ketika anginnya sepoi-sepoi, Burung pun sedang berkicau, Hewan ternak sedang merumput, Semua memuji Allah Yang Mulia . ASSALAMUALAIKOM........KU DOAKAN PADA SEMUA SEMOGA BERADA DALAM PENUH KECINTAAN ALLAH. BEKAS2 MURIDKU,"TUK CHA MASIH DI KAKI BUKIT SRENGENGE".
Saturday, December 9, 2017
MEMOIR SEORANG PESARA----68...PENYAKIT MANUSIA MODEN CINTA DUNIA TAKUT MATI
Semua manusia akan mati.Semua benda akan mampuih.Tidak ada benda akan hidup selamanya.Ada tarikh lupusnya.Setiap barangan la ni ada tarikh matinya.Mati dan mampuih sama maknanya.Akan binasa semuanya.Kerajaan2 besar dulunya semua dah mati.Orang2 ternama dulu pun dah mati.Hero2 dulu pun dah tak dak lagi.Allah tak akan simpan sesapa saja.Walhal kekasih agongnya,Nabi s.a.w pun dijemputNya .Nabi s.a.w jugaturut wafat.Jadi apa kita semuanya ? Megah macam mana , kuat macam mana , hebat macam mana , popular macam mana,cantik macam mana,kaya macam mana, dan beribu lagi macam mana pun,akan mati juga akhirnya.Cuma kita ni sedar dengan tak sedar saja.Kita terhijab oleh kuasa,kebendaan,duit,dan kebodohan kita sendiri.Dalam laluan kita ,kita di hurung oleh kebodohan .Orang cerdik dihurung oleh kebodohan,orang kaya dihurung oleh kebodohan,orang ternama dihurung oleh kebodohan,orang berkuasa dihurung oleh kebodohan.Sikit sangat yang dihurung oleh kecerdikan.Orang cerdik tak hebat di dunia.Orang cerdik tak berkuasa di dunia, orang cerdik tak kaya di dunia,orang cerdik tak perlu masok 10 universiti.Orang cerdik ada phdnya sendiri.Orang cerdik tak tamakkan dunia.Orang cerdik tamak pada akhirat.Dunia dia jeling saja,tapi akhirat dia sambar.Kerja dunia dia tak berapa pulon,kerja akhirat dia pulon tunggang langgang.Tungging terbalik.Jadi kita janganlah bodoh.Cakap kita cakap bodoh.kerja-buat kita kerja-buat bodoh,impian kita juga bodoh,matlamat kita juga bodoh.Cuba check tengok di mana kebodohan kita dan dimana kecerdikan kita.Check amal maaruf dan nahi mungkar.Kalau tak silap aku, ada kata yang memberi manfaat……..rumah kata pergi,kubur kata mari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment