submitted by nginapsrengenge
Sepeninggalan ibu ku…………….terpaksa terjah kaki mencari isi perut………………ke kedai Apollo …..ada roti canai , ada nasik dalca , ada mee mamak berkuah ataupun goreng basah…………………ada bubur kacang ,ada bubur gandum………..teh tarik ,air bandung, dan etc etc etc………….zaman tu zaman murah tapi duit susah……………Apollo tak pasang radio tamil , tapi memadai dengan lagu dari radio kedai gunting sebelah……Pak Baharom dan Pak Non…………….lagu2 lama ,lagu pop yeah yeah lagu Rahman Hassan………….lagu cik cik kebung saloma dan P Ramlee lenyap di masa itu……dipengaruhi oleh guitar rancak…………..
Jengok juga ke kedai Chuan Bee…..mee hailam konon………. bising dengan lagu juga…………lagu2 Juke-Box ,pilihan pendengar sendiri………….sekupang satu lagu…………mee hailam tiga kupang sepinggan…………..dengar lagu pilihan lagi , berjumlah mungkin seringgit…………..
Nasi kak Kiah depan Pusat Kesihatan ada banyak pilihan lauk2 masakan Melayu……………tapi memadai dengan 2 bungkus nasik lemak……….baru 4 kupang………teh O sekupang secawan……………kekadang dapat berteman dengan misi2 (nurse) dari Pusat Kesihatan………….berkenal2an dan berkawan………….seribu orang kawan masih sikit , tapi seorang musuh itu sudah banyak.
Kedai Pak Teh Kho dekat pokok ara juga menjadi pilihan……kena tukar2 selera………….masakan kampung , ada sambal ada ulam…………petai jering dan daun2 samak dan ulam raja ada sentiasa………….sidik sakraga suka pada ulam raja…………kekadang sambal dan ikan tamban kering boleh balon sampai 2 pinggan……………
Kedai mamak Sulaiman dekat kedai Kee Wan ada banyak kuih2 melayu…………makcik2 dari kampung bawa lunggok kat kedai Sulaiman , Sulaiman cuma ambik komision menjualnya…………….dia cuma jual air…………jualan air lebih menguntungkan…………….geng bersembang berhimpun tambah air kopi/teh lepas secawan secawan………..kadangnya berjumlah 20 cawan semeja……………..orang banyak berhimpun di kedai Sulaiman ,kerana tempat teksi2 ber parking di depan stallnya…………..
Lama juga aku berpusing-siur di kedai2 tersebut………jalan2 cari makan
Gambar kedai Apollo
No comments:
Post a Comment