MEMOIR SEORANG PESARA —————————————- 4.THE ALMA MATER
2017/05/06MEMOIR SEORANG PESARA
—————————————-
4.THE ALMA MATER
Hidup seperti juga bulatan.Hidup ialah sejarah.Sejarah kerap mendua-kalinya (history repeats itself)……………perlu diterima sebagai satu hakikat………..bila dah sampai dunia pesaraan ,ingin benar bersua kekawan lama…………mula teringat pada sekolah2 kita dulu di sekolah rendah dan sekolah menengah…….jarang2 teringat pada universiti
Dunia sekolah rendah dan sekolah menengah menakjubkan………….cikgu2 sekolah rendah dan menengah menjadi ikatan kekeluargaan yang cukup akrab……….cikgu pernah merotan kita dan mencubit kita , dan itu yang kita suka berkali2 bercerita pada cikgu sendiri………….Rotan cikgu dan cubitan cikgu berunsurkan kasih-sayang………bukan nak mendera tapi untuk keinsafan.
Cikgu pula bernostalgia dengan beberapa buah sekolah dia pernah bertugas…………mengingati pelajar2nya yang nakal2 dan yang cerdik-pandai………….bangga dengan mereka yang telah berjaya dan menjadi manusia………..dah tak kenal pelajar2nya , tapi pelajar2 masih kenal cikgu mereka yang sudah berusia tua…………walaupun wajah-wajah sudah berkereput , berkaki tiga atau bebasikal-roda………….depa masih kenal , alhamdulillah…………..hari demi hari guru seorang demi seorang dijemput oleh yang maha kuasa……………….yang tinggal cuma yang telah diberiNya usia lama…………..penyakit tak memendekkan usia , usia diberiNya telah tersedia………….
Aku kembali ke sekolah ku selepas lebih dari 50 tahun perpisahan…………..bermacam2 kisah mula menerjah kedalam minda . oleh kerana ada kemudahan internet , aku menukilkan beberapa peristiwa persejarahannya……….di alumni2 , di blog2 dan di facebook.
Di Alumni Ibrahim School lebih dari 220 artikal aku sematkan di dalamnya untuk sesapa yang sudi membaca………begitu juga kisah2 sejarah dan nostalgia aku abadikan dalam alumni Sik English School ………..tak lupa juga pada Sek Men Sik aku mendodoi juga ingatan2 ku dalam beberapa event ( sambutan jubli emas) dan dalam beberapa coretan di facebook………….semua itu adalah kerja2 seorang pesara yang tinggal sedikit lagi hayatnya.

No comments:
Post a Comment