Sunday, December 10, 2017

MEMOIR SEORANG PESARA----NO. 75....SIBOK MENGAJI MENGEJAR IJAZAH




submitted by nginapsrengenge
Setiap cuti penggal pertama dan ketiga aku ke Kuala Lumpur ……..selalunya berada di sana selama seminggu , atas urusan pengajian ku…………..penggal pertama untuk ujian bertulis dan di penggal ketiga untuk tutorial bersama dengan para dosen dari Indonesia…………..kekadang para sasterawan Indonesia juga turut berkumpul bersama kami untuk memajukan ilmu…………lebih kurang 500 orang guru2 Melayu dari Malaysia ,Brunei dan Singapura mengikuti kuliah tertulis ini…………….dosen2 dari Indonesia hidup simple…………tapi ilmu mereka aku kagum………..Salah seorangnya Bapak Dr HB Jassin seorang tokoh sasterawan moden bertaraf antarabangsa boleh menguasai Belanda,Inggeris, Arab dan berbagai dialek Jawa .Al-Quran terjemahannya Dalam Bentuk Puisi mengkagumkan.Mengikut Pak HB Jassin,al-Quran ialah sebuah nukilan puisi yang tertinggi nilainya ………..beliau juga seorang pemeriksa luar untuk USM dan beberapa universiti di Amerika………….
Aku sudah tertarik dengan ilmu sastera…………dulu belajar sikit English Literature semasa di sekolah……….sedikit pasal poems dan teks Shakespeare dan pengarang2 lainnya………..tak termasuk teori2 sastera………………sastera ialah penjelmaan kemanusiaan…….hati nurani manusia boleh digali dalam karya sastera………………sastera itu seni dan bahasa itu indah.
Sahabat ku Jihaty Abadi siswa sulung dalam kuliah ini baru lulus ujian bertulis dan ujian lisan dalam kuliah Sarjana Sastera………dia terus ditawarkan sebagai Guru Bahasa ,di Pusat Bahasa ,Universiti Malaya …………….Musa bin ……..(?) pula mendapat tempat sebagai penolong pensyarah di Fakulti Pendidikan,juga di Universiti Malaya……………alhamdullillah
Aku dan sahabat karibku kini Datuk Abdul Halim R masih merangkak ke arah pencapaian tersebut…………in syaa Allah ………..semua ini menyekat pikiran ku untuk berbini……….yang paling sukar bagiku ialah membuat sebuah kajian ilmiah yang diistilahkan di Indonesia sebagai kajian Skripsi…………….aku mendekati bapak Prof Dr HB Jassin yang menjadi sponsor Skripsi ku ,memaklumkan bahawa aku ingin mengkaji Persoalan Humanisma Dalam Trend Cerpen Di Malaysia……….beliau luluskan permohonan ku………….
Alhamdulillah aku dapat siapkan dalam masa setahun diatas pertolongan kawan2 ku: Drs Ahmad Din ,Drs Muhammad Zakaria dan Supardi Muradi,bekas pensyarah di USM dan di waktu itu sedang menyiapkan studinya PhD di Minnesota University , Milwaukee…….terimakasih kepada mereka berempat……..aku cuma menunggu masa untuk diuji secara lisan di depan 4 orang ahli Panel…………….Prof Dr JS Badudu , Drs Goenawan Mohamad ,Prof Drs Ghazali Dunia ( termasuk sponsor ku Prof Dr HB Jassin)………..
Gambar Pensyarahku
1 . Bapak Prof Dr HB Jassin ( matakuliah : Sastera Moderen )
2 . Bapak Prof Dr JS Badudu ( matakuliah: Linguistik )

No comments: