Sunday, December 10, 2017

MEMOIR SEORANG PESARA----NO. 73......EXTERNAL DEGREE LONDON UNIVERSITY




Aku dah jadi guru terlatih dan ingin belajar masih terus membara.....nak jadi mahasiswa universiti , tak dak perbelanjaan .Dan perlu pula meminta kebenaran dari kementerian.Kalau boleh,belajar tanpa gaji.......mana ada ongkos beb.
Aku secara diam2 mendaftarkan diri sebagai external student di London University ( di The School of Oriental Studies )………….mematuhi nasihat dari seorang jurutera inggeris bertugas di Malayan Cement………….kami bersua muka di Majlis Annual Dinner ,anjuran sekolah ku di Portland Club,Rawang.
Aku dah cuba peperiksaan HSC (private student)………aku gagal mendapat full certificate………….walaupun kelayakan masok universiti di masa tu cuma 1Prin ,2Sub plus GP………….aku tak mampu belajar di U kerana duit tak ada………..semua kerana duit…….betullah tu cash is king…………..belajar sambil bekerja adalah lebih mudah………..
London University External Studies cuma supply sylabbus dan list of textbooks…………..learn by the sylabbus………….kos pula mahal …………tak dak sapa nak guide………….beli buku pun mahal ,kena order direct......peperiksaan kena uruskan dengan Kementerian Pelajaran Malaya/sia……….
Selepas 2 tahun belajar persendirian aku di approached oleh kawan lama (Jihaty Abadi)………….dia proposed jalan baru belajar bersamanya juga buat external degree……………kuliah mantap; ada bahan kuliah ,teks book murah dan dapat bersua muka dengan pensyarah setahun 2 kali di Kuala Lumpur……….semua diurus oleh Kesatuan Guru KGMMB dan PGRI………………bahan kuliah dihantar sebulan 2 kali…………..bahan kuliah mesti dijawab,dan grading diberi……….10 % markah akan di top-up ,kalau keputusan peperiksaan bertulis gagal sepenuhnya……….kalau gagal juga,perlu diulang setahun pula……………agak menarik juga…………aku setuju dengan proposalnya , dan berhenti belajar dengan London University…………tak dak sapa pun tahu.
Aku enrol sebagai mahasiswa baru di universiti baru untuk memiliki ijazah Bahasa dan Kesusasteraan Indonesia,anjuran KGMMB dan PGRI........mulai di sini aku dapat menjinakkan diri dengan Bapak Prof Dr H B Jassin ( seorang yang terkenal dalam kritikan sastera , bertaraf antarabangsa).
Gambar: Drs Jihaty Abadi....mantan Guru Bahasa di Universiti Malaya........beliau yang merintis jalan untuk aku belajar sebagai external student.....

No comments: