Monday, December 4, 2017

MEMOIR SEORANG PESARA….NO. 39….MENCARI ALLAH YANG ESA



MEMOIR SEORANG PESARA….NO. 39….MENCARI ALLAH YANG ESA

2017/11/08


SUBMITTED BY NGINAPSRENGENGE
Sejak perkahwinan ku dengan gadis Timbaktu (Tikam Batu) , sejak ibu ku meninggal dunia, sejak peristiwa kurang ajar ku dengan majikan , aku banyak berubah ……………aku mula mengaji di pondok tok guru, aku mula jadi ahli ABIM , lepas tu aku mula mengikut kumpulan Al Arqam , aku mula sokong PAS dalam berpolitik , lepas tu sokong Parti Rakyat bersama Kassim Ahmad dan mula megikut Badan Dakwah Tabligh…..in syaa Allah kerap keluar berdakwah bersama mereka………………….dan bila dah tua ni jarang keluar cuma memberi nusroh kalau ada ada kumpulan2 datang di tempat ku…………….
Aku tinggalkan ABIM kerana aku tak mampu ikut mereka……….Abim tak salah apa2…………aku tinggalkan Arqam kerana Arqam di haramkan kerajaan………..aku tinggalkan Parti Rakyat kerana saudara Kassim Ahmad pertikaikan Hadis Nabi………..aku tinggalkan pas,kerana aku tak paham matlamatnya ,terutama selepas TG Nik Aziz meninggal dunia…………….yang kekal dalam diri kini cuma mengaji pondok dan bersekongkol dengan Dakwah Tabligh…………
Arwah Tok Guru ku pernah memberi pesanan……….untuk berjaya semasa hidup dan mati : Kenali lah siapa kita , Kenali lah Pencipta kita ,dan kenali lah hari akhir kita yang abadan-abada………..ALLAHUAKBAR
sunnah vs bid'ah.jpg

No comments: