Monday, December 4, 2017

MEMOIR SEORANG PESARA—-NO. 40………..”HAPRAK,HARAMJADAH,KEPALA BAPAK KAU”…… ADALAH SINONIM



MEMOIR SEORANG PESARA—-NO. 40………..”HAPRAK,HARAMJADAH,KEPALA BAPAK KAU”…… ADALAH SINONIM

2017/11/11


submitted by nginapsrengenge
Dah tak jauh kita ni……..itu kata2 peringatan orang2 tua ……dan kita lihat hari ini lebih baik dari esok……….esok,esok dan esok makin meruncing………
Ini satu igauan ku ………………………
1…Budak2 dulu sebelum perang pun ucap ‘Kepala Bapak Hang’ bila berkelahi…………kemudian tumit dihenjak2 ke bumi tanda geram yang amat sangat………baru penumbok di acu2 ke pihak lawan……….hang tonyoh kepala , disambut upacara tonyoh menonyoh……………mula pula bergasak, tunggeng -langgang…………..loceng pun berbunyi , masing2 bangun lari masok ke kelas……….cikgu masok ke kelas,semua bangun……..selamat pagi cikgu………duduk , sapa bertumbok tadi? …………dengan penuh gentleman depa menjawab…….kami cikgu………..bagus,keluar sini.
Wiapp , wiapp , wiapp………tiga das………baik pi duduk
Hari ni kita belajar pula ‘kepala bapak kita’, sambil menunjuk rotan di tangannya.
2….Haramjadah dan haprak pun dah lesu dalam hayatnya……..ada lagi sikit,itupun bernyawa2 ikan………..satu ketika di awal 90an perkataan SHIT menonjol popularitasnya……….terselit di bibir2 atasan hingga ke pondok2 buruk di kaki2 bukit…….hayatnya tak lama , kini hampir tiada lagi bisik2an ……kerana taik cepat busuk dan digemari oleh binatang……….
3…. Kita tunggulah , apa lagi akan timbul

No comments: