Monday, December 4, 2017

MEMOIR SEORANG PESARA—–NO. 23……ANTARA SEORANG IBU DENGAN SEORANG KEKASIH



MEMOIR SEORANG PESARA—–NO. 23……ANTARA SEORANG IBU DENGAN SEORANG KEKASIH

2017/10/26

MEMOIR SEORANG PESARA…..NO.23…….ANTARA SEORANG IBU DENGAN SEORANG KEKASIH
Suka dan duka di English School Sik mengimbau dalam perasaan .Bila dikenangkan membuat hati sekejap ketawa dan seketika menghiriskan kalbu.Di peringkat awalnya guru2 berasa hairan tentang petempatan lokasi sekolah,dibuat sebegitu rupa di tengah2 rimba.Dikelilingi rimba yang tebal.Dan kuaters guru pula terpesorok dihujung dunia persepadanan sekolah.Jalanrayanya merupakan laluan kerbau-lembu dan begitu becak sekali apabila hujan.Menyusahkan semua murid dan juga gurunya.Walhal ditepi jalanraya pekan Sik terdapat banyak tanah yang sesuai untuk pembinaan sekolah. Seolah2 macam ada sabotaj terhadap pembinaan sekolah ini. Kuaters guru ditinggalkan kosong kerana tiada siapa yang berani tinggal disitu dan tidak pula mempunyai kemudahan air atau letrik. Untuk mendapatkan air terpaksa turun ke paya kerana di situ ada sebuah telaga.Kuaters guru pula terletak di tanah tinggi.Waktu malam pula tidak siapa berani menghayunkan kaki,kerana ular berbisa sedang menunggu di setiap penjuru jalan.Yang paling mengganas ialah ular kapak sungai petani.Bila terkena patuk terpaksalah dibawa ke Sungai Petani. Oleh itu ia terkenal sebagai kapak sungai petani.Waktu malam mana ada kenderaan nak ke sungai petani.Ya tak ya kena tunggu besok hari,semalaman menanggong derita patukan berbisa.Itu pun kalau umur panjang,kalau tidak liang lahat lah destinasi terakhirnya.
Pak Tuan bukan saja menanggong bersama kesusahan dirinya dan guru2nya,malahan murid2nya juga menjadi tanggungannya.Dia terpaksa menghadapinya kerana guru adalah segala2nya.Dengan kelulusannya Pak Tuan boleh saja mencari jawatan yang lebih lumayan , tapi niat nak jadi guru terpaksa dilaluinya walaupun pahit. Guru kekal selama2nya.Apabila mati pun orang akan panggil cikgu.Itulah ganjaran yang tidak siapa yang dapat mengerti,kecuali cikgu itu sendiri.Sekali masuk ke gelanggang guru,gurulah buat diri selama2nya.Guru ibarat ‘matahari’,khidmatnya tanpa henti. “Matahari” khidmatnya berterusan .Tanpa ‘matahari’ musnahlah dunia. Begitu juga guru.Nak jadi doktor kena ada guru.Nak jadi DO kena ada guru.Nakjadi Raja kena ada guru.Guru lah buat segala2nya.

Di bilik kuliah Prof.Patrik semasa di Kirkby dulu Pak Tuan dah belajar semua ini.Cuma kini Pak Tuan nak peraktikkan segala ajaran Profnya. Di malam itu bulan sedang mengambang terang benderang.Pak Tuan memetiknya guitarnya mengalunkan lagu keronjong untuk menghiburkan jiwanya yang kosong. Pagi tadi Pak Tuan menerima surat dari ibunya supaya dia berkahwin dengan pilihan ibunya. Pak Tuan pun dah ada pilihan sendiri semasa bersama2nya belajar diKirkby. Makin berat jiwa menanggong.Walau bagaimana pun pilihan ibu perlu diikutinya.Dia tak sanggup menderhakakan ibunya.Syurga di bawah tapak kaki ibu. Cuma kawan2 sesama guru yang dapat memberikan ketenangan pada diri Pak Tuan.Guru2nya adalah kekawan2nya.
You were everything Pak Tuan ( you deserved panggilan itu )
Gambar : TO SIR WITH LOVE
back to school SES

No comments: