Monday, December 4, 2017

MEMOIR SEORANG PESARA—-NO. 44….PENGHIJRAHAN DARI PATTANI KE SIK TERUS KE KUKHURHO



MEMOIR SEORANG PESARA—-NO. 44….PENGHIJRAHAN DARI PATTANI KE SIK TERUS KE KUKHURHO

2017/11/15


submitted by nginapsrengenge
Inilah intipati pertama pertemuan srengenge dengan anaknda Bang Wie di Banggol Derdap ………….pertemuang 4 bute mata.
Kita khene perati ,tak putus-putus yang berlaku dalam gelodok politik yang haru-biru di abad ini………..di Pelastin , di Myanmar , di Syria …………..dan kebelakangan dulu di Vietnam ,di Kompuchea , di Afghan ,di Iraq………….ratusan ribuan pelarian membawa diri dan nyawa,sesetengahnya lari sehelai sepinggang…………. susah-payah dalam kumpulan yang besar,cuma kerana kekecohan politik ekoran dari ketamakan dan kezaliman pemerintah
Nenek moyang kita dulu dari Pattani pun sebegitu rupa……tok nenek kita menjadi mangsa sebuah kerajaan yang ‘misgoverned’.Pattani tak pernah aman.Kemerdekaan Pattani tidak mendapat pembelaan antarabangsa.Dari dulu dan kini nasibnya sama saja…….bersendirian
Tok nenek kita melarikan diri bersama lembu kerbau dan gajah……mereka tidak disambut seperti pelarian sekarang……….bila sampai di Kedah ,mereka merahsiakan diri,kerana ketakutan,dan sesetengah tukar nama mereka………………..kelompok mereka berpecah2 kemerata tempat ,dari kedah sampai ke Perak………..cuma loghat mereka bercakap saja boleh kita cam asal-usul.
Demi masa mereka hidup terpisah………demi masa yang tua meninggal dunia………demi masa yang muda tak kenai mu aku……….demi masa mereka lupa sejarah nenek moyang mereka……….demi masa sampai ke kita la ni…………cuma satu kita dipelihara oleh Allah ……..bahasa cakapan kita tak berubah dengan ketara……….dari sini bahasa kita menjadi jiwa bangsa …………kita boleh bersatu kerana itulah sejarah kita……….dari satu rumpun………dari perdu yang sama………berperdu dari Pattani.
Salahkah kalau kita bersatu………Allah tak melarang………bahkan menyambung salitulrahim sangat2 dimuliakan Allah
Kita bukan assobyiah………kita bukan nak menghimpun dunia….bahkan nak merapatkan semula yang kejauhan sambil merindu-rindukan yang dulu-dulu………………Wallahuaklam
Srengenge dah letih memikir dan merenung………..moga kita lebih cerah dari jerubu-jerubu kebinatangan manusia

Gambaq Bang Wie & keluarga bersama Mak Srengenge
Konferensi pertama Kekeluargaan Sik /Kukurho
kukurho

No comments: