Saturday, December 9, 2017

MEMOIR SEORANG PESARA---NO. 69......IKUTI KULIAH TESL




Dari kecintaan dalam bidang tentera aku terjun ke gelanggang keguruan…………..untuk menunaikan hajat ibubapa kini aku sudah berada di satu sudut kerjaya yang bila bercakap seribu telinga akan mendengar dan nak belajar tak kencing berdiri ,kerana bimbang anak murid kencing berlari………….satu ungkapan orang dulu2 yang cukup dalam maknanya : yang tersurat dan tersirat.
Calon pelatih disogok bebagai ilmu baru , yang belum kami pelajari semasa bersekolah dulu………kami terpaksa meniti dengan berhati2 ilmu pedagogi dan kami baru dapat memahami ilmu saikologi ,ilmu falsafah yang banyak bermula di zaman Yunani lagi…………cukup menarik dan otak perlu keluar dari tempurongnya……..mengkaji dan mengupas seluruh kesahehannya dan kebohongan kalaulah ada…………….
Aku memberi tumpuan 100 % kepada option aku…..TESL…………Rupa2nya baru ku ketahui learning English is fun………….mempelajari bahasa tak menjemukan,malah menarik………….semasa di sekolah dulu kita dilatih supaya pandai tulis dan baca………………itu yang jemunya………….kami didedahkan kepada pelajaran phonetics……….untuk menentukan bunyi huruf2……….kami digalakan menulis bahan kuliah dalam bentuk phonetics…………..membuat karangan dalam bentuk phonetics………….dan kadang2 ini membuat kami lupa pada huruf2 ABC………….untuk membetulkan percakapan ,mulut herot sana dan sini…………..alhamdulillah ,kami dapat menguasainya…………….kaedah mengajar pun banyak caranya……….dan aku pun dah lupa segalanya bila pencen…………..walau bagaimana pun aku suka Stervicks method……….entah ejaan betul atau tidak aku tak pasti.
Tak senang nak jadi cikgu , lebih mudah masuk tentera berperang dengan musuh………..biar sakit berdarah ditembak dan mati syahid………..aku perlu cari jalan bagaimana cikgu boleh juga mati syahid…………
RANJIT in Mind Your Language.....the favourite of yesteryears

No comments: