Monday, December 4, 2017

MEMOIR SEORANG PESARA—-NO.58…….ADAKAH DAN ADAKAH Adakah kita betul ?



MEMOIR SEORANG PESARA—-NO.58…….ADAKAH DAN ADAKAH Adakah kita betul ?

2017/11/26


Adakah kita betul ?
Adakah kamu betul ?
Adakah kita salah ?
Adakah kamu salah ?
Semuanya bermula di sekolah.Kita diajar betul atau salah sejak menjejak kaki ke sekolah.Di situ kita mula kenai guru dan kawan.Kita kenai betoi dan salah.Di rumah sebelumnya kita kenai2 sikit2.Anak manja payah nak kenai.Kalau sokmo di marah,kenai semuanya salah.Dia memberi problem pada masyarakat.
Bukan senang nak kenai betoi dan salah.Ada manusia sampai ke tua pun tak kenai betoi dan salah.Lebih2 lagi bila lumpur kejahilan berselaput di badan dan minda.Hidup tak sempurna,bertatih-tatih macam budak belajar berjalan.Macam separoh lega dari chikungunya.Tak berbalance jadinya.Sat berat ke kiri.Sat berat ke kanan.Nasib tak baik terjun turun longkang.Kalau umur pendek,mampuih di situ.
Sebab utama dunia jadi busuk,dunia jadi bangkai ( kata Nabi saw ) pasai tak kenai betoi dan salah.Bila semua jadi busuk,manusia turut tercalit jadi busuk.Bukan sikit manusia busuk.Hari2 setiap ketika kena pakai pewangi.Celah kangkang busuk,celah ketiak lebih2 lagi.Tabiat pun berubah,busuk habeh hati perut.Pasai tu taik bau busuk.Shahnon Ahmad pandai tuleh pasai taik busuk.Sila baca buku SHIT.Busuk berdengung.Aku dah lima kali khatam.Hingga nak pilih pemimpin wangi payah.Banyak pemimpin busuk.Banyak makan benda2 busuk.Rasuah tu busuk,depa makan.Yang bersih pun di reka jadi busuk.Buat kerja tak ikhlas.Tangan kanan memberi,tangan kiri pun tau.Kaki kiri dan kanan juga tau.Babi di hutan pun tau.Buat kerja tu betoi-betoi.Yang salah tetap salah.
Adakah betoi atau salah ? Adakah kita tau ? Adakah aku tau ?
Belum tentu lagi.

No comments: