Monday, December 4, 2017

MEMOIR SEORANG PESARA—-NO. 55…….BERMULA PENDIDIKAN FORMAL DI SIK



MEMOIR SEORANG PESARA—-NO. 55…….BERMULA PENDIDIKAN FORMAL DI SIK

2017/11/22


submitted by nginapsrengenge
Petanda yang boleh membuatku menulis kisah ini ialah Majlis Sambutan 100 tahun Sekolah Kebangsaan Sik pada tahun 2012.Bermakna pendidikan formal telah bermula sejak 1912 lagi…….asas pada mulanya ialah sekolah rakyat di bina oleh penduduk setempat dan guru dibayar dengan produk tempatan,beras,buah2an ulam dan sebagainya.Tiada ada bayaran cash,kerana cash is king belum ujud lagi.
Kawasan Sik ialah juga satu lubok mencari ilmu………beberapa kampong mendirikan sekolah untuk menampong keperluan anak2……….seperti yang diketahui anak2 didik yang pintar dari sekolah rakyat Sik diimport oleh ketua2 kampong untuk dijadikan guru.Di anak-angkatkan mereka oleh ketua kampong………..beberapa orang dari mereka berjaya menjawat sebagai guru tetap apabila kerjaan mengambil alih sekolah rakyat menjadikan Sekolah Melayu……..dan ada juga terpinggir dari mendapat tawaran,dan mereka kembali semula ke kampong asal …….hidup sebagai orang kampong.Selepas itu mereka diambil sebagai guru2 kelas dewasa ,bila negara mencapai kemerdekaan.
Membena sekolah rakyat waktu itu sama seperti yang dialami ole Syed Abu Bakar mula membuka Sik English School pada tahun 1955 dulu…….bermula dari kosong…….dan tugas mereka lebih terok lagi.Terpaksa membina sekolah dengan kerjasama penduduk setempat…….semua bahan binaan dari bukit dan gunung………dan mereka tiada ada skim gaji…….cuma upahan untuk makan dari penduduk
Ikut ingatanku ,beberapa orang yang asal dari sekolah rakyat yang berjaya menjadi gurubesar dan dilucutkan pangkat menjadi guru biasa dan seterusnya diberi latihan perguruan TUOS dan latihan guru2 rakyat dipusat2 latihan guru sebagai normal-trained.
1.Cg Ayub bin Awang membuka sekolah rakyat Jeneri,jadi gurubesar dan pangkatnya digugurkan menjadi guru biasa.Diberi latihan TUOS .Arwah pencen sebagai guru biasa.
2.Cg Harun Ismail membuka sekolah rakyat di padang Cicak.Diberi latihan TUOS.Akhirnya pencen sebagai guru biasa.
3.Cg Shariff Md.Said membuka sekolah rakyat di Kalai.Diberi latihan TUOS ,juga pencen sebagai guru biasa.
4.Cg Omar bin Bakar membuka sekolah rakyat di Kampong Betong……..arwah tidak dipungut untuk latihan perguruan….arwah balik ke kampong dan akhirnya cuma boleh menjawat Guru Kelas dewasa……..jasanya tak dikenangi….an unsung hero…….moga Allah memberi ganjaran untuknya di akhirat.
5.Cg Yusof Lembut menerajui sekolah rakyat Hujung Bandar , arwah gagal mendapat latihan TUOS, tapi kerana tuah ada di badan arwah terpilih mengikuti kursus perguruan di SITC khas untuk guru2 rakyat.Umurnya di masa itu hampir2 mencecah 50 tahun………ini ialah atas hasil perjuangang Persatuan Guru2 Melayu Persekutuan………menjadi guru beberapa tahun dan bersara berpencen….alhamdulillah.
6.Cg Putih bin Salleh guru rakyat di Kota Aur sebelum perang dunia ke-2 , mendapat latihan TUOS,akhirnya menjadi gurubesar dan berpencen.
Banyak lagi rahsia2 guru2 rakyat yang terpinggir dan dipinggir.Kita doakan semoga jasa2 mereka tidak diketepikan Allah….aammiiinn
Bekas murid2 tua Sekolah Melayu Sik tertera di gambar : arwah Cg A Razak Md.Noor dan Dato’ Wan Samsuddin ( Presiden Sejarah Kedah) turut hadzir pada hari sambutan 100 tahun SKSik.

Picture 393
Picture 428.jpg

No comments: