Monday, December 4, 2017

MEMOIR SEORANG PESARA….NO. 62…..SEDUTAN DILEMA ORANG MELAYU SIRI 506 (YAHAYA ISMAIL



MEMOIR SEORANG PESARA….NO. 62…..SEDUTAN DILEMA ORANG MELAYU SIRI 506 (YAHAYA ISMAIL)

2017/12/03

submitted by nginapsrengenge
Tertarik dengan ulasan Yahaya Ismail tentang orang Melayu,aku memetiknya untuk dibaca oleh masyarakat banyak………sejak dulu hingga kini,slogan orang Melayu ialah MENANG SORAK KAMPONG TERGADAI : Pak Kadok beratus tahun tak boleh tidor lena , kerana orang Melayu gagal melonjak ke depan.Orang Melayu hanya boleh lompat sana-sini,terutama dalam politik,boleh juga U-turn dan tidor dalam perjumpaan2 ,mesyuarat2 dan juga boleh tidor dalam parlimen…..di rumah tak boleh tidor kerana bini beletiaq banyak.
HANYUT PROTON TIMBUL
BOA TENG
( Sedutan nukilan Pak Ya)
Alkisah maka tamatlah impian kereta nasional Malaysia yang hilang saganya, hilang hargadirinya, hilang maruahnya dan hilang kebanggaannya. Proton simbol negara setapak menuju menjadi negara industri. Wawasan 2020 dijadikan tahun keramat Malaysia bakal menjadi negara industri, dengan teknologi super modern, manusia hidup lebih bahagia dari kehidupan petani miskin yang punya tanah tapi hasil tidak seberapa, nelayan yang punya sampan tapi hanya menangkap ikan di pinggir pantai. Buatlah kenduri tolak bala, hanyutkan sajian untuk para puaka lautan namun Melayu tetap dimamah kemiskinan, meratapi nasib yang berpanjangan.
Proton lahir bukan dengan jampi mantra. Nafsu besar tapi tenaga intelek kurang, dana juga terbatas, saingan di pasaran dunia amat melemaskan kerajaan dan lembaga pengarah Proton.
Mahathir merancang tapi Najib yang menjual khazanah Proton kepada Beijing. Beijing buang segala sial pada nama Proton lalu dipuja dengan nama baru – Boa Teng. Maka habislah riwayat Proton, hilanglah identiti Malaysia.
Memang Beijing boleh melonjak maju keuntungan berbilion dolar dengan Boa Teng. China komunis mempunyai penduduk seramai 1.4 bilion. Jumlah jutawannya menurut majalah Forbes 300 juta. Untuk pasaran China saja Boa Teng boleh jual berjuta di seluruh pelusuk China. Kalau Malaysia tidak mahu import Boa Teng Beijing tidak peduli. Pasaran China lebih besar dari Malaysia.
Jangan terkejut beruk China komunis sudah menguasai 49% equiti Proton. Hartanah Proton saja bernilai beratus juta dolar di Malaysia. Beijing ketawa dan yamseng kerana bisnes dan hasrat politik komunis Beijing tercapai. Melayu hanya menang sorak, Proton hilang saganya, dan jangan salah ibu mengandung lebih banyak khazanah negara menjadi hak kepunyaan Beijing tak lama lagi. Inilah mainan Pak Kadok menang sorak negara tergadai.

No comments: