Saturday, July 21, 2007

AKU BEBAS BERSAMA ALAM

Untung pegawai2 jabatan awam dapat cuti 2 hari . Bagi aku cuti dah tak hidup dalam diri. Tak dak sapa nak beri cuti kat aku . Bila aku nak cuti aku cuti . Aku sendiri yang buat memo cuti . Tak payah ambil surat cuti sakit . Masa kerja pun begitu , tak payah pakai punch-card . Bila nak rehat , aku rehat . Tak ada waktu yang menetapkan masa nak rehat . Dan kalu rehat panjang pun boleh , nak rehat sekejap pun boleh. Aku sendiri menjadi boss , aku sendiri menjadi kulinya . Tak ada kenaikan pangkat dan tak ada kenaikan gaji . Tempat kerja pun tak tentu hala . Boleh kerja kat sana , boleh kerja kat sini , boleh dimana2 saja sesuka hati . Aku boleh tidor masa bekerja , aku boleh bersiul masa bekerja , aku boleh menyanyi lagu hindustan masa bekerja , tak sapa yang nak kacau aku . Tapi bila iman meningkat aku berzikir slow,slow . Kalau aku berzikir kuat2 nanti orang tangkap aku ke bakai polis . Lepas tu polis akan hantar ku masuk university of Tanjung Rambutan. Boleh buat degree free kat situ . Bila dapat degree of Tanjung Rambutan tak dak sapa pula nak beri jadi boss .
Aku pakai uniform jeneral masa bekerja . Baju tu di beri oleh anak penakan ku yang baru pencen setelah 20 tahun bekerja sebagai pegawai tentera darat . Aku galas sebatang kayu bila saja berjalan masuk hutan . Habis kera dan lutong melompat melarikan diri ke segenap pelusuk hutan . Ada yang terkecing ketakutan melihat seorang jeneral tentera dengan senjata moden yang boleh di tembak dengan bunyi mulut saja, pong,pong,pong . Peminat ku mengekori ku sepanjang masa . Mereka ialah perajurit2 bawahan ,berpangkat sarjan ke bawah.Tau tak siapa mereka tu ? Nyamuk dan pacat lah jawabnya.
Aku gembira dengan tugasku sekarang . Aku boleh bertugas sepenuh masa . Aku jadi sihat , kerana berpeluh sampai ke keting setiap hari . Makan ku juga berselera , kerana badan sihat . Ulam pucuk setang adalah kegemaranku . Aku makan sampai taik jadi hijau . Air kencing pun bau pahit berdengung .Aku harap boleh hidup seribu tahun lagi kalau sihat begini . Eh,eh tak payah lah , nanti aku nyanyok pula kalau hidup lama . Terserahlah pada Allah , semoga Allah ampunkan segala dosaku dan semua muslimin dan muslimat yang masih hidup2 dan yang sudah mati.....AMIN,AMIN,AMIN
Astaqfirullahilazim.

No comments: