Saturday, July 21, 2007

CARING , LOVING & WRESTLING

Manusia di kurniakan akal oleh Allah . Akal mendorong kita ingin mengetahui sesuatu yang baru , yang belum kita kenali . Kita bertanya dan bertanya sehingga kita mengenali sesuatu ketahap kepuasan mengikut peringkat umur masing-masing . Kalau diceritakan juga melebihi dari yang patut , manusia itu menjadi lebih bengong pula . Lagi dia tak mengetahuinya sesuatu . Jadi ingin bertanya atau menyoal adalah jambatan untuk membuka rahsia2 yang terlindong . Kita sangsi tentang sesuatu , bertanyalah kerana dengan itu terongkailah kesangsian . Kita sangsi kerana kita tak pasti tentang sesuatu . Tak pasti itulah membuat kita gelisah . Kalau selalu dalam kegelisahan , ia membuatkan kita cemas . Bila dah cemas mulakan kita berasa takut . Ketakutan pula membuat kita bertambah gelisah dan bertambah rasa cemas . Ketakutan , kegelisahan dan kecemasan akhirnya menjadi siksaan rohani . Rohani akan tersiksa , kekadang orang kata batin terseksa . Takut pada bebayang .Oleh itu rajinlah bertanya apabila ada sesuatu yang kita tak tahu . Kalau anda seorang cikgu , biarlah anak murid bertanya . Latih mereka supaya rajin bertanya . Dulu2 orang2 tua memarahi anak suka bertanya . Bahkan ada guru2 yang ditakuti sehingga mereka gentar nak bertanya sesuatu . Itu membantutkan pelajaran mereka . Kekadang soalan kanak2 juga susah nak dijawab . Kita gunakan kepintaran kita untuk memuaskan kesangsian mereka . Soalan2 tentang ketuhanan sokmo di aju oleh mereka . Bukan senang kita nak menjawabnya . Cuba jawab soalan2 ini :Pasai apa tuhan tak nampak ?Macam mana adik masok dalam perut mak ?Adik keluar kut mana ? Sapa buat adik ?Wah,wah..........aduuuh bukan senang nak menjawab .SELAMAT MENJAWAB

No comments: