Saturday, July 21, 2007

DULU , SERINGGIT YANG KU BAWA

Aku masih di darjah dua . Aku dah mulakan 'globe trekker' . Paling jauh yang aku berani pergi ke Gurun . Dua kali naik bas , dua kali turun bas . Dari Sik menaiki 'The Yen transport Company' . Kepunyaan Nyak Gam . Bas kepala panjang , tempat duduk berkayu . Duduk sebelah menyebelah . Kona kiri orang kanan bangun . Kona kanan orang kiri juga turut terbangun . Naik sampai ke kuala begia . Kemudian kena naik feri ( rakit) ke seberang , ke pekan Jeniang . Sambung dari Jeniang ke Gurun naik The United transport Company ( UTC ) . Paling terkenal di masa tu sebagai bas Pak Salim . Sebelum sampai ke Gurun kena melalui satu kawasan paling bahaya . Dikenali sebagai kebun teh . Tempat masyhur dengan komunis . Pak Salim lalui sehari 2 kali sahaja . Dua trip sahaja . Gerun bila melintasi kawasan itu . Dah jadi trauma bila sampai kat situ . Muka jadi pucat . Badan menggeletar . Dan kote orang lelaki jadi kecut serta-merta. Yang pompuan pula mula nak terkencing . Pelik tapi benar .
Satu hari aku mintak mak aku seringgit . Dia tanya nak buat apa ? Aku kata nak gi Jeniang .Sebutan Jeniang pun aku belum betul lagi waktu itu . Aku sebut 'Geniang' . Nak buat apa kat sana ? Nak buat latihan globe trekker . Aku jawab bermaksud begitu la . Nak ikut Pak pilus . Pilus ialah dreber bas . Mak senang hati membenarkan aku pergi . Tapi dia pesan jangan mandi di sungai jeniang , kerana banyak buaya kat situ .
Pagi itu suasana jaong saja . Berbekal seringgit aku mula globe trekker ku . 15 sen tambang ke jeniang , bermakna aku perlu habiskan 30 sen untuk tambang bas . Aku rasa gembira macam anak afrika dapat menaiki bas . Hebat macam orang boleh pi ke Mekah menaiki kapalterbang . Penumpang tak banyak . Perut bas Pak Pilus tak pun penuh . Aku dah tak perak lagi . Bila sampai di kuala begia, aku turun . Disitu lah terminal bas . Berhenti dekat warong kecil kepunyaan pak mat sampan . Pak Mat kenal aku , aku berkawan dengan anak2nya yang bernama Rais , Hijazz dan Ahmat . Pak mat asal orang seberang .
Di warong pak Mat aku minum kopi O (kopi asli) dan sebiji cucur kembong . Perutku berasa lega kerana tadi aku cuma makan sebiji cucur kodok . Aku dapati anak2 pak mat tiada di kedai . Cuma aku boleh berbual sekali sekala dengan Pak mat . Dia sibok melayani tetamu . 15 sen aku bayar kat Pak Mat untuk kopi dan cucur kembong .
Lepas tu aku melangkah kaki ku ke Pekan Jeniang . Kena naik feri ( rakit) . Sampai di seberang sana aku rasa macam miami beach . Pantainya luas berpasir , dan di tepinya terletak sebuah sekolah rakyat . Bangunan kayu bulat . Dekat situ ialah pekan jeniang . Di sungai penuh dengan feri ( rakit ) . Berpuluh-puluh . Rakit kehulu ke hilir membawa penumpang dari jauh . Rakit yang dijual di ponggah naik ke atas lori entak kemana di bawanya . Aku tak tahu ,kerana ilmu geografi ku belum sempurna . Aku lupa nak habar tambang naik feri . 5 sen sehala .
Di pekan jeniang aku kehulu ke hilir . Bila berasa haus aku order ais kepai . Dua biji ais kepai aku balon . Sebiji 5 sen , jadi aku bayar 10 sen . Untuk mak di rumah aku beli 10 sen ikan tamban kering . Harganya murah dari Sik . Aku hitong2 ada 21 ekor tamban kering . Murah . Sedap digoreng , makan dengan pulut kukus dan kelapa parut . Orang Sik kata nyor kuko . Aku juga beli roti akar nyior , warna merah macam akar nyior di lumur dengan gula . Keras . Aku juga beli rojak . Dibubuh dalam tin susu cap junjung . Diikat dengan tali buat macam tangkai . Harganya juga 10 sen . Aku kira duit ku . Aku cuma tinggal 5 sen selepas di tolak harga tambang bas dan feri , bila balik nanti . Lepas tu aku stop membeli .
Ikan kering di sebelah kiri ,roti akar nyior dan rojak di sebelah kanan , aku mengorak langkah . Aku akan pulang dengan bas pak Pilus . Aku harus sampai cepat , takut tertinggal . Tapi aku pasti Pak Pilus tetap menunggu ku . Aku terlebih dulu dah buat appointment dengannya .
5 sen yang aku buat saving . Aku bubuhkan dalam akaun tabung buluh ku .
SIKIT2 LAMA2 JADI BUKIT
Budak2 sekarang tak reti nak nilai 5 sen.

No comments: