Tiga hari ,tiga malam nuts bergelumang dalam perut mereka dihalang oleh kemutan demi kemutan dari terkeluar. Tiga hari , tiga malam Pak Teh Leh mengikis daun mengkuang dengan bilah buluh .Tiga hari , tiga malam lubang hidong Tok Kaseng dan Pak Dollah terpaksa disumbat dan dipekup dengan kain basahan , kerana bau gas yang terkeluar dari perut anak2 mereka itu berbau sehangit2nya. Baunya dapat menghambatkan nyamok2 yang berkeliaran di sekeliling rumah mereka. Berterbangan lintang-pukang kesegenap penjuru empat mata-angin : timur,barat,utara dan selatan. Kalau seseorang itu lemah semangatnya , boleh pengsan 3 hari tak akan sedarkan diri. Tikus yang bersarang di bumbung rumah mereka membawa lari anak2 kecil masok ke dalam semak , supaya tak terhidu gas beracun yang keluar dari lubang ajaib Johng dan Usof. Bagi Usop dan Johng bau itu enak dan mereka boleh syok-syok sendiri bermain angin yang diperam begitu lama. Masing2 boleh mengenal kepunyaan siapakah produk itu . Produk yang hak masing-masing itu dapat dikesan dengan bijak oleh lubang hidung mereka secara otomatik. Mereka masing2 berbangga dengan keluaran produk mereka .Produk ajaib mereka dapat keluar secara diam-diam dari celah-celah stop-look-go apabila kemutan mengembang dan mengempis.Ada ruang2 yang tertinggal yang boleh mereka mencelah , kerana mereka berjisim lembut. Kekadang mengeluarkan bunyi halus menunjukkan kegembiraan mereka kerana dapat melarikan diri keluar dari satu lubok yang cukup busuk lagi membusukan . Hampir sampai ketika semua cacing akan mati dan akan pupus kalau tidak dapat diterajang keluar semua isi2nya dalam masa yang terdekat.Bangkai2 cacing menambahkan lagi kebusukan hangitnya ke tahap yang tertinggi.
Pada malam berikutnya apabila masing2 dapat mencangkung , Usof dan Johng berlari pergi ke sungai membuangkan kazanah yang telah disimpan selama tiga hari,tiga malam itu. Keluar bersembur2 dengan banyaknya melalikan ratusan dan ribuan ikan yang tinggal di sungai itu , sebelum baunya larut bercampor air sungai yang deras itu. Air sungai tercemar hampir seminggu,dan ikan2 menjadi pelarian naik ke hulu ke daerah Bendang Man dan Chepir. Kerbau Lebai Che Nik juga hampir seminggu tak mau mandi di sungai . Lebih2 lagi nak minumkan airnya. Bingong Lebai Che Nik memikirkan gelagat kerbaunya pada kali ini.Nak kata ada buaya , tentunya tiada buaya di daerah ini.
Terpaksa Lebai Che Nik membawa kerbaunya ke parit Becah Badong. Jeha pun mengalami seperti itu juga.Dah seminggu pergi mangail di sungai ,seekor ikan pun tak mau menjamah mata-kailnya.Tak pernah terjadi begini di Banggol Derdap. Mungkin ada orang meracun diatas .Dan sampai otak Jeha menjadi buntu,dan tak tau dia ujong-pangkalnya.
Yang pergi mandi2 di pengkalan Tok Keshong di Banggol Derdap pun rasa pening2 lalat kerana mandi air yang tercemar oleh produk lubang ajaib Johng dan Usof.
No comments:
Post a Comment