Entah mengapa hari ni aku dalam suasana kemalasan . Aku jadi begitu malas nak mengetik sketsa yang ku buat ini . Biasanya jejariku menjadi rajin bila berdepan dengan komputer ku . Aku pun tak tau apa sebabnya . Semalam aku bangun 5 pagi , katanya nak menulis sesuatu . Tapi tiba2 saja aku rasa macam ada benda hidup dalam perut ku , melonjak2 tak tentu pasal . Aku bukan sedang mengandung kerana aku bukan pompuan . Aku seorang lelaki pekasa . Aku jadi pekasa kerana aku ikut petua2 orang dulu2 . Kena kuat dan rajin langkah bendul . Selagi kita kuat melangkah bendul selagi itulah kita jadi pekasa .
Perut ku tak memberi peluang pada ku menulis sesuatu . Aku berlari ke tandas . Aku bersemanyam didalam tandas untuk meredakan kesenakan dalaman . Lubang ajaib ku mengemut2 melepaskan seketul demi seketul . Semalam aku terlampau kekenyangan . Anak2 ku pulang membawa bermacam juadah unutk ku . Aku sebenarnya bukan suka sangat makan banyak2 . Tapi untuk mengambil hati anak2 ku , aku suap apa saja yang disajikan . Anak2 ku gembira melihat begitu lahapnya aku memakan . Aku berselera kerana cucu2 ku berada di sekeliling ku . Kami makan bersama , aku suap depa , depa suap ku . Ku telan dan telan apa saja yang mereka tonyoh masuk ke dalam mulut ku . Ku telan tak henti2 sehingga perut membuncit .
Hari ni ku terpaksa berehat macam ular sawa selepas menelan seekor anak kambing . Melengkor di atas tilam empuk yang disediakan isteri kesayangan ku . Kekadang cucu2 yang kecil datang merebahkan diri di pihak kiri dan kanan .
aduuuuhh....aduuuuhh....malasnya .
No comments:
Post a Comment