Thursday, July 19, 2007

MARI BERSUKAN...BADAN SEHAT


Di sekolah dulu ramai kekawan dari berbagai bangsa . Ada India , Pakistan , China , Benggali dan ada anak orang Gurkha. Nama yang aku tak lupa ialah Saravanan, Ghafoor Khan , Lim khooi khye , Bachan Singh dan anak Gurkha Bahador Prakash , Doraisamy dan C Navaratnam. Semua mereka adalah bintang2 sukan , dan aku juga termasuk sebagai bintang dalam erana sukan. Aku bermain kriket dan hoki utk Kedah Combined Schools. Malah kawan aku Md. Hashim terpilih untuk pasukan Malayan Schools waktu itu . Doraisamy dapat mewakili pasukan Malaya dalam hoki . Yang lain2 mewakili pasukan Kedah dalam acara masing2. Bachan dan Navaratnam sudah pasti mewakili Kedah dalam hoki dan kriket . Lagi satu nama yang aku tertinggal ialah Ooi Ah Bee . Main hoki macam thingy Fook loke , hero hoki piala dunia . Malaya di tempat keempat dunia masa itu.
Peliknya sekolah kami tidak ada jagoh badminton , walaupun di masa itu Malaya dah beberapa kali mendapat johan dalam piala Thomas.Perlu juga disebut Mat tongkai , hooker dalam pasukan Rugby Kedah dan pasukan All-Blues . Musa jaafar juga mewakili Kedah All-Blues .Pasukan bola kami juga tidak menyerlah , kami tidak ada bintang .
Tapi hari ni aku lihat pemuda2 Melayu khasnya tak suka melibatkan diri dalam sukan. Mereka majoritinya suka melepak , merempit dan jejari2 mereka sokmonya menghantar mesej melalui hp masing2. Kebanyakannya kita dapat lihat orang Melayu bersesak2 di pesta2 hiburan , sure heboh , AF ,dan ..dan..Namakan saja apa pun pesta anak2 muda melayu lah yang dapat kita lihat.....kalau bermotor pun dengan mak we nya adalah orang2 Melayu........
Mari kita bersukan . Sekurang2nya badan sihat . dan di waktu malam kita boleh tidor awal kerana badan telah penat bermain. Tak lah ada peluang nak berjaga ke pagi memetik tali guitar yang berkarat tu.Buatkan Malaysia gemilang cemerlang dan terbilang .Mari bersukan.

Bila dah tua memang suka sangat berleter........leteran kaum tua tak akan habis-habis.
Sentiasalah dengar leteran kami .

No comments: