Thursday, July 19, 2007

SUMPAH AKU TAK JADI WAKIL RAKYAT

Sumpah aku tak sanggup jadi wakil rakyat . Dari dulu lagi tak berapa berminat politik . Tension cukup tinggi . Calang2 orang boleh jadi biul .Orang macam aku la . Orang yang ketahanan minda tu mantap tak jadi masaalah . Dia boleh bertahan walaupun diserang bertubi2 kiri-kanan-depan-belakang-atas-bawah-siang-malam-pagi-petang-musim kemarau-musim hujan . 24 jam sehari macam tak cukup masa , kalau boleh ditambah jadi 48 jam ,jadi 72 jam sehari pun mungkin tak mencukupi masa lagi , kerana banyaknya masaalah masyarakat . Tak sudah2 , lepas satu , satu yang lain pula timbul . Masa berkhidmat sepenggal 5 tahun tak dan nak buat sesuatu . Kekadang halangan dari sesama separti pun boleh menyekat hasrat membuat sesuatu . Sesama parti lawan tu matelah lah . Nak jaga hati pengundi pun bukan senang macam ABC . 2 orang manusia pun dah mempunyai berbagai perbezaan , ni kan pula berpuluh ribu orang pengundi . Pengundi pula ada yang jenis kopiah hitam , ada yang jenis kopiah putih , ada yang tak berkopiah , ada jenis kepala botak , ada jenis rambut putih , ada jenis rambut hitam , ada jenis rambut kerinting . Dan kepala juga berbeza . Ada jenis kepala bulat dan ada juga jenis kepala boyot.Bila terlintas perkataan boyot , aku teringat kat kawan lama ku . Aku panggil dia Sebi boyot . Pintar orangnya . Aku masih ingat kat dia , kerana aku dan dia adalah orang pertama mengambil subject Additioal maths di peperiksaan senior cambridge . Kami belajar cara persendirian , kerana masa tu takdak guru yang dapat mengajar. Kami dicabar oleh guru2 . Mengada2 kata mereka . Kalau lulus nak belanja ais kacang . Dulu ais kacang cukup TOP . Sebi dapat distinction, aku cuma lulus saja . Tapi kami cukup puas . Sampai hari ni yang nak belanja ais kacang belum lagi tunai janji . Janji tinggal janji . Dan mereka pun mungkin dah mati . Aku maafkan mereka . Balik ke perkara asalnya . Pasal susah/senang dan wakil rakyat . Dalam parti pun ada puak2 tertentu . cantas mencatas tu perkara biasa . Ada yang gugur , tapi bangun semula . Ada yang gugur , gugur terus . Turun-naik dah jadi mainan . Nak bangun semula pun bukan senang , banyak pancaroba nya , banyak ranjau2nya , banyak duri dan onak . Kekadang lepas satu , mai dua . Mai tiga pun ada . Kemungkinan ada di mana2 , dan kemungkinan ada bila2 masa saja . Biarlah kita cari kebahagiaan diatas titik peluh sendiri , dan janganlah cari kebahagian diatas susah-payah orang lain . Perjalanan hidup kita belum selesai , dan kita akan berjalan dan berjalan tak habis2nya . Kerana di akhirat nanti banyak lagi liku2 yang perlu kita lintasi , cerun2 yang mesti di turuni dan gunung-ganang yang perlu di jejaki . BERBAIK SESAMA MAKHLUK : SESAMA MANUSIA , DAN DENGAN ALLAH.

No comments: