Thursday, July 19, 2007

DULU SEMAKIN MENJAUH

Dulu-dulu adalah masa yang telah berlalu . Kepergiannya juga jauh dan semakin jauh . Jarak masa bertambah setiap detik . Lagi dulu , lagi lama . Yang dulu pergi dan tak akan kembali . Tak usah bercakap banyak sangat pasal dahulu kerana dahulu tak dapat di cakau kembali . selagi masa berlari dia akan pergi , pergi , dan pergi . Tak payah nak kesalkan yang dulu , jangan terlalu gembira pasal dulu , kerana gembiranya juga dah berlalu . Yang dulu tetap akan pergi , pergi . Ya ! ia tetap akan pergi dan tak akan kemari . Siapa yang menyanyi lagu " Terkenang Di masa Dulu" ?Oleh kerana telah berlalu , aku dah tak ingat lagi .Tak ingat bukan kerana aku dah tua , tapi benda tu dah berlalu terlalu jauh dan jauh . Magnet minda ku dah tak dapat menarik , bukan kerana minda dah lemah , tapi ia berlari keluar dari "magnetic field".Betul tak kalau aku kata R.Azmi yang menyanyi lagu tersebut ?Terkenang di masa dulu ,Hatiku merasa rindu .............memang orang tua suka bernostalgik.

No comments: