Friday, July 20, 2007

CERITA SUSPENS

Secara tak semena2 aku dapat bertemu dengan kawan lama ku . Dah hampir 27 tahun tak berjumpa . Dia lebih tua dari ku . Tiga tahun lebih tua dari ku . Tapi kami bersekolah sedarjah . Umur semasa bersekolah zaman dulu tak jadi masaalah . Ada yang perbezaan umur sampai 5 tahun .
Kami berbual panjang . Dari satu kisah kesatu kisah . Macam satu 'thriller' , sambung menyambung . Ada yang gembira , ada yang sedih dan banyak yang lucu2 . Semasa kami berpisah dulu dia belum lagi berkahwin , walaupun umurnya sudah mencecah 37 tahun . Semasa umurnya 22 tahun dia diperjodohkan dengan seorang gadis comel , tapi dia menolak pilihan bapanya kerana dia belum ingin berkahwin . Dia memberitahu bapanya bahawa dia tak akan berkawin sehingga dia mencecah umur 33 tahun .
Semasa umurnya meningkat 25 tahun baru perasaan nak berkahwin menjelma dalam dirinya . Tapi sebagai seorang insan mulia di pergi bertemu dengan seorang ustaz menanyai hukum-hakam tentang peristiwa dia dan ayahnya dulu . Ustaz memberitahu bahawa itu sebagai satu nazar , dia bernazar dengan tuhan dan bukan saja berjanji dengan ayahnya . Oleh kerana itu dia terpaksa membatalkan saja hasratnya.
Masa berjalan terus sehinggalah kami berpisah dia belum lagi berkawin , dan dia tidak berminat lagi nak kawin . Selepas itu aku tak tau lagi ceritanya .Bila bertemu kali ini kawanku menceritakan bahawa dia kawin semasa umurnya mencecah 39 tahun . Jodohnya ialah seorang gadis 20 tahun lebih muda darinya . Selepas berkawin dia merasa cukup malu kerana isterinya terlalu muda , sehingga dia tak sanggup berjalan bersama . Dia bersendirian dan isterinya bersendirian bila ke mana2 saja .
Masa berlalu dan berlalu , dan tiba pada satu masa bila umurnya mencecah 45 tahun satu kelucuan berlaku dalam dirinya . Dia menceritakan padaku dan kami ketawa terbahak2 . Satu keluarga baru datang tinggal setempat . Selang beberapa hari saja mereka datang menjengah kerumahnya . Seperti biasa dia melayan mereka , isterinya yang muda itu menjamu mereka apa yang ada . Sambil minum2 mereka berbual berbagai tajuk seperti biasanya . Dan akhirnya mereka memberitahu hasrat mereka datang . Yaitu mereka nak menyuntik bunga di rumahnya .
Dia kehairanan , sekaligus bertanya yang mana satu bunganya . Depa beritau bunga yang menghidang minuman untuk mereka . Kawan saya ketawa berdekah2 kerana lucu yang dapat dirasainya . " Kalau yang tu langkah mayat saya dulu "." Dia tu isteri ku "" Bini ku muda !
"Kah,kah,kah,hoh,hoh,hoh, hah,hah,hah........ku ketawa lagi dan lagi

No comments: