Sunday, July 22, 2007

NOSTALGIA TAHUN 50an ..... (1)


Semangat menghantar anak2 ke sekolah Inggeris bertambah dari sehari ke sahari . Ada juga puak yang bersemangat politik berkubar2 untuk berjuang kemerdekaan tanahair, tak berminat nak hantar anak ke sekolah Inggeris. Merdeka lain , ngaji bahasa lain pula. Kalau nak memerintah kena la pandai bahasa Inggeris dan juga bahasa2 lain. Lagi boleh banyak bahasa lagi lah baiknya. Telah diatur oleh Pak Nor nak hantar dua kumpulan pelajarnya ke sekolah Inggeris tahun depan. Satu kumpulan ke Kolej Sultan Abdul Hamid dan satu kumpulan lagi ke Sungai Petani di Ibrahim School.
Majid anak Che Noh Kampar dan sahak Salleh memilih Kolej, dan kumpulan pertama ke Sungai Petani terdiri dari Alwi,Mee Pak Leh,Ca Md Che Noh,Kareng, Zul dan Mad Tokol dan Husseng Dollah memilih Ibrahim School. Kesemuanya berjaya dalam pemilihan masok ke Special Malay Class.Dan buat sementara menunggu masa ke sekolah,Pak Haji Salleh kerani besar di Pejabat Daerah Sik menabur baktinya memperkenalkan bahasa Inggeris.Kelas diadakan pada waktu malam dan dihaziri bersama ialah waris2 kanak2 yang tersebut. Mereka pun sudah mula kenal one,two three............what is your name.....how old are you....where doyou live.....dan seterusnya. Dan bila balik ke rumah pun masing2 dah mula bertutur bahasa Inggeris setakat yang mereka mampu. Usaha Pak Haji Salleh mendapat backing dari Tuan Pegawai Daerah di masa itu Tuan Syed Osman.
Tuan Syed Osman juga mengambil langkah yang lebih pintar dengan memohon Pejabat Pelajaran Kedah membuka sebuah sekolah Inggeris di Sik. Permohonannya terkabul bila Syed Abu Bakar yang baru pulang dari Kirkby England untuk menyelia sekolah Inggeris di Sik.Syed Abu Bakar bermula membuka sekolah dari KOSONG (start from zero). Tanpa murid,tanpa sekolah dan kerusi meja dan sebagainya. Dia membuka sebuah kelas di balai raya.Beliau sendiri masok ke kampong mendaftar anak2 yang nak belajar di sekolah Inggeris Sik. Bermula dengan murid2 yang bilangannya belum pun sampai 10 orang. Dia meminjam kerusi dan meja dari Sekolah Melayu Sik. Sudah tentunya kerjasama diberi oleh Pak Nor dan Pejabat Daerah.Pegawai Daerah berkenan Syed Abu Bakar menggunakan kereta lembu kepunyaan pejabat daerah untuk mengangkut kerusi-meja. Di masa itu belum lagi ada lori . Guru dulu , guru sekarang jauh bezanya.
Sik bergolak lagi. Ada pihak yang pro dan ada yang kontra. Masa berjalan terus , matahari dan bulan juga bergerak tanpa noktahnya. Akhirnya pembukaan Sekolah Inggeris berjaya di buka .
Syabas Pak Tuan Syed .

No comments: