Friday, July 20, 2007

MASAKAN ASAM PEDAS BATANG KELADI

Orang Jepun dan orang Cina suka makan keladi . Ubi keladi paling mereka gemari . Mengikut kawan ku Mezah , dia baru balik dari Jepun , dia kata ubi keladi cukup berkhasiat . Ubi keladi di Jepun saiznya kecik2 , macam ubi kemili . Mereka suka buat masakan bersup dan juga buat berbagai kek . Orang cina di Malaysia pun sama juga . Suka buat kek ubi keladi . Orang kita Melayu tak pandai mempelbagaikan masakan ubi keladi . Cuma rebus atau buat masak asam pedas . Orang kita Melayu juga suka makan asam pedas batang keladi ataupun jalai keladi . Batang keladi juga boleh dibakar buat ulam . Aku cukup suka sayur batang keladi / jalai keladi . Jalai keladi lagi manis buat sayur . Ada seorang tua di kampong aku . Dia lebih tua dari aku . Dia cukup gemar batang keladi . Sehingga orang gelar 'tok kura ' . Sebab kura-kura suka juga makan keladi .


Yang dahsyat lagi ialah tua keladi . Makin tua makin gatalnya . Cepat naik 'syeikh' . Hudoh kalau ada perangai macam tu . Malu kat anak-cucu . Biar tak kuat yang tu , tak apa . Kena kuat beribadat , kerana hari dah cukup senja .


Kalau nak test diri , boleh la . Boleh sahkan kegatalan kita . Suruh bini masak sayur batang keladi . Syaratnya kita sendiri yang ambil batang keladi itu . Kalau masakan tu gatal , maknanya kita gatal . Cuba-cubalah . Dekat Serendah sekebun Bunga ada banyak keladi . Pi ambil kat sana . Minta kat Dato' Wan . Beritahu Dato' Wan , " Saya nak cuba ". Sudah tentu Dato' Wan akan so'al , " Nak cuba apa ? "Pandai2lah cari jawapan .

Isteri ku dulu-dulu bila mengandung suka sangat makan sayur keladi . Dia kata tak la panas sangat badan . Memang pun keladi tu sejuk . Daun keladi sesuai dibuat membungkus tapai pulut .

Keladi makin tua makinlah gatalnya .
Kumpulan menopause dan andropause tak termasuk kumpulan keladi . Gatalnya dah hilang .
Mereka termasuk kumpulan moyok .

No comments: