Tegang,suasana tegang.Sesekali tegang,sukar nak di kendurkan.Suasana harmoni dulu tidak lagi bergema di Banggol Derdap. Masing-masing pakat panas telinga. Masing-masing berperongoih. Ada-ada saja yang tak kena. Ikan keli dan haruan tidak lagi sama2 kodek membawa diri lari dari musuh. Aliran air sungai tidak lagi membisek halus menyedapkan telinga. Semua menjadi ganas. Seruling batang padi tidak berdengung indah.Sumpahan Srengenge cukup berbisa.Sumpahan Srengenge mengkeruhkan suasana.Setiap hari srengenge menyumpah dan menyumpah. Srengenge menyumpah kerana begitu sekali dia di rogol dan diperkosakan bergilir-gilir sebagai binatang buas kelaparan. Begitu biadab sekali. Begitu rakus sekali .Selepas dirogol,habis urat-saraf dan semua tali-perutnya di sentap keluar dari dedagingnya.Dicincang halus-halus kemudian dibakar sehingga rentong. Mereka dah tak kenal pesanan datuk nenek mereka. Kini ku sumpahkan kamu semua.
Biar kamu semua hidup tak senang,bergaduh dan bergocoh sesama sendiri. Kamu ingat aku tak berperasaan. Kamu ingat aku Srengenge binatang jalang dan boleh diperkosakan sehendak hati mu. Biarkan,biarkan aku sumpah kamu.Biarkan aku puas menyumpah kamu.
Lebai Che Nik cukup risau dengan keadaan yang berlaku terhadap ahli keluarganya.Berpecah belah sesama sendiri kerana kepentingan yang sedikit. Dia sedar mereka dah lupakan ajarannya. Mereka lupakan Allah .Mereka lupakan RasulNya.Mereka lupa bahawa rezeki semuanya ditangan Allah.
Bila kokok ayam tiga kali,Lebai che Nik bangun mengambil udud . Dia terus bersembahyang tahjud.Membaca surah tersebak-sebak dengan air mata meleleh turun kepipinya. Dengan penuh kyusuk dia berdoa dalam sujudnya.Hiba dalam dirinya sudah tidak terkira.Luluh-lusuh dirasai dalam jiwanya. Selepas memberi salam dia terus membaca Yassin dengan penuh syahdu.Terhenti sekejap buat menyapu si air mata. Dia terus sambung membaca ayat demi ayat mengikut semua hukum tajwid yang dia telak termaklum alimnya.Beberapa kali dia terhenti buat menyapu si air mata. Dia mengangkat tangan menadah tinggi-tinggi memohon restu Ilahi supaya kaum keluarga boleh memulihkan keadaan.
Pagi dah cukup dingin .Lebai CheNik tertidor diatas sejadahnya setelah selesai memohon Allah mengkabulkan doanya. Dalam tidornya dia bermimpi awan putih berarak sekeliling kampong Banggol derdap dan juga kampong2 persekitarannya.Bulan purnama pula tersenyum manis mengasyik suasana.Dia terbangun mendengar azan subuh di lagukan oleh muazim.Dia cukup kenal suara itu.Semua orang kenal suara itu.Suara Pak lang sahak.Dia bangun dan terus duduk.Dia cuba mentafsirkan mimpinya semalam. Dia belum dapat kepastian mimpi tersebut. Rasa badannya pun tak menentu,seakan-akan nak demam rasanya. Tapi dia menggagahi diri ke mesjid untuk sembahyang subuh.
No comments:
Post a Comment