Friday, July 20, 2007

ROKOK HUKUMNYA HARAM

Dulu durian ialah ' king of the fruits ' . Oleh itu aku dulu suka tanam pokok durian . Di keliling rumah , aku tanam pokok durian secara tradisional . Tok Kareng nasihat ku tanam sebegitu . Jangan tanam durian kawin , sebab hayatnya tak lama . Ambil benih yang elok . Durian balak yang orang tua dulu tanam boleh hidup beratus tahun . Dekat rumah aku ada lagi sepokok jenis itu . Entah berapa umurnya aku pun tak tahu . Nenek aku pernah beri tahu , sedar2nya pun pokok itu dah sebesar itu . Nenek ku pun dah kembali ke rahmatullah 60 tahun dulu . Tapi pokok durian itu masih belum 'menopause' . Masih lagi berbuah . Banyak pula tu , kerana pokoknya besar dan ranting dengan dahannya pun banyak . Nampaknya boleh hidup lama lagi . Mungkin aku dulu yang akan mati . Di alam barzach nanti aku akan ceritakan pada arwah nenek ku , insyaallah . " Nek , dia masih berbuah banyak , orang sekampong boleh makannya ' .
Pokok durian kawin sama dengan manusia zaman sekarang . Hidup tak lama . Mudah mati . Dan tak tahan dengan penyakit . Umur 40 tahun dah mula dok 'standby' . Macam2 penyakit menyerang manusia . Dulu mak2 bonda yang berumur 40 tahun masih lagi mengancam . Sekarang 40 tahun dah lesu . Tak sapa berminat dengan mak bonda . Kalau nak cari yang baru , ikut contoh Datuk K .
Balik semula pada pokok durian . Ramai orang dah tak makan durian . Buah durian dah tak jadi tumpuan ramai . Ramai orang tak makan , kerana ramai yang berpenyakit . Hari2 makan ubat . Bila makan ubat tak boleh makan durian . Jadi durian kurang laku . Bila makan durian bau belahaknya sangat busuk . Busuk yang tak disenangi . Boleh rosak satu2 majlis . Boleh mencemarkan orang berjemaah . Satu mesjid boleh hilang khusuk sembahyang . Nabi s.a.w melarang para sahabat memakan makanan berbau ,seperti bawang , bila hendak ke mesjid . Maksud nabi s.a.w termasuk durian juga . Termasuk rokok juga . Ikut fatwa Majlis Agama Islam Kedah 1998 ( aku kurang pasti tarikh tersebut ) rokok adalah haram ........boleh rojok kat Us.Md.Isa Abdul Rahman di Pejabat mufti Kedah . Dia anak Sik , kalau tak silap dari Carok Damar . Dia boleh cakap ulu , walaupun dah lama kat Mesir .
Durian busuk , rokok pun busuk . Durian tak haram , tapi rokok haram . Nasib baik aku tak hisap rokok . Dan aku pun dah tak gemar makan durian , kerana darah tinggi .
Bersambung pasai rokok pula . Cakap pasai rokok orang kita cukup sensitif . Depa kata halal . Sebab dalam kitab fekah yang tok lebai dok ngaji kata 'makruh' . Itu kitab lama dan itu rokok dulu . Hukum untuk rokok zaman itu . Bukan salah kitab . Salah penghayatan kita . Salah tafsiran kita . Rokok sekarang tak makruh lagi . Dalamnya mengandungi berbagai bahan kimia . Lebih 4000 jenis bahan kimia . Tok lebai dan semua penghisap kena check diri . Fatwa mufti Al-Azhar pun sama , rokok itu haram . Nampaknya kita banyak bergelumang dengan benda haram . Banyak lagi selain rokok .
Tau tak daun rokok itu direndam 4 hari ,4 malam dalam air arak .Lepas itu digunakan 'skatole' yang diperbuat dari berbagai bahan campuran termasuk salah satunya tahi khinzir . Kalau tak caya sila rojok pula Dr Jamnul Azhar Haji Mulkan . Us. Md.Isa pun kenal Dr. Jamnul . Payah2 rojok saja Us. Md. Isa .
Kita nak bersihkan masyarakat kita . Nak bangkit semula kualiti . Pasai tu Pak Lah buat hadhari . Hadhari maknanya progressif . Sekaligus Imej Islam terserlah kembali .Dah dengar lagu Hadhari , nyanyian Dr. Fadley ? Ada lagi satu versi nyanyian Yassin . Aku dah dengar tapi tak ku ingat senikatanya . Kalau ingat boleh aku tuleh di sini .
HADHARI, HADHARI , HADHARI.......................Kalau rokok masih di bibir jangan nyanyi lagu Hadhari..........nanti lagu pun rosak.

1 comment:

9w2azx said...

tersangat la setujunya dengan fatwa ROKOK ITU HARAM. tapi tak tau la sebab apa org melayu islam ni yg terlebih ramai merokok. kalau cerita pasai BABI, melompat2 bgtau kata haram. kalau jumpa kawan2 bangsa lain, jaraang sangat jumpa yg merokok. maybe they know better. my father smoked before, i've seen him suffer twice. cukup la setakat tu. kesian...
tq, Cousin