Aku tengok Final FA Cup antara Chelsea dengan Manchestar United . Aku tak tengok konsert Akhir AF5 , kerana masa siarannya serentak . Aku minat bola dari segala2nya . Aku tak berminat mendengar orang menyanyi menyalak2 macam.............( tak perlu aku sebut kerana ada orang tak suka perkataan2 seumpama itu ) . Bola tak lah melalaikan sangat seperti menyanyi ni , lagi pun bola boleh menyihatkan badan . Biasanya main bola satu jam setengah saja . Tapi konsert mengheret masa sampai 5 jam . Lebih2 lagi pengacara Aznil yang mengelolakannya . Dia boleh bercakap dan bercakap . Dulu orang pandai bercakap ialah penjual ubat ,aku dah lupa namanya . Dia jual ubat cap rumah api . Selalu mai ke pekan selasa .
Baik aku sambung pasai bola pula . Perjuangan Chelsea ialah atas kata2 hikmatnya 'impossibble is nothing ' . Dalam bahasa kita ialah : tak ada yang mustahil . Aku suka ungkapan itu . Ia melonjak kita ke mercu kejayaan . Sepertimana juga 'Malaysia Boleh ' . Tetapi kekadang kata2 tu satu pembohongan cuma . Kekadang bohongnya boleh dipakai juga . Terpulang kat kita mentafsirkannya . Kita tolak mustahil yang nyata . Mustahil yang nyata memang mustahil sungguh2 . Tak boleh masuk akal langsung ,kecuali akal yang dah compang-camping . Dalam hukum-hakam sokmo tok2 guru membahas hukum wajib , mustahil dah harus . Satu bidang pengajian yang cukup menarik . Ia perlukan otak yang dinamik . Calang2 otak , membuat seseorang ternganga saja . Yang abstrak tu paling membosankan otak yang dungu . Tak paham apa2 pun . Jadi buntu . Kita kena latih berpikiaq . Berpikiaq dan terus berpikiaq . Kalau malas berpikiaq otak jadi beku . Keras . Dengan berpikiaq kita boleh maju . Dia membawa kita berhijrah . Kalau tidak selama2nya kita hidup di bawah tempurung . Tak tau apa . Tak pandai guna kemudahan yang ada . Peluang yang ada . Kita mengabaikan peluang dan kemudahan yang ada . Kita jadi sebodoh2nya . Orang lain datang merampas peluang dan kemudahan yang ada .
Lebih 2 juta rakyat asing datang ke negara kita . Mereka berkerja dan berkerja . Rakyat kita banyak yang menganggur . Mereka datang merampas hak kita . Peluang kita . Depa rajin dan tak pilih kerja . Mereka pandai menyesuaikan diri dengan kerja . Kita perbodohkan diri sendiri . Syok sana ,syok sini . Merempit sana , merempit sini . Yang lebih malangnya mampuih di tengah jalan . Masa tu tak mustahil lagi , ia jadi nyata . Mustahilnya ada di mana2 saja .Mustahil kita tak akan mati . Tak mustahil kita akan hidup kembali . Setiap yang hidup akan mati . Lepas tu setiap yang mati akan hidup kembali untuk menerima balasan dari Allah . Yang mustahil tetap mustahil.Mustahil
No comments:
Post a Comment