Apa yang berlaku , apa yang terjadi , apa yang dapat dilihati , apa yang dapat didengari , apa yang dapat menyentuhi hati , apa yang menggugat suasana , dan apa-apa saja semuanya berserabut memenuhi pikiran Syed Abdullah berlintang-pukang ,tindih-menindih , lilit-melilit , bersimpul2 dah menjadi sukar mencari puncanya. Semua itu menggambarkan begitu serabutnya masyarakat di persekitaran Namek , Banggol Derdap dan Banggol Kiat dan----dan----dan-----.
Islam pilihan mereka tidak mereka anuti dengan sepenuh jiwa dan raga. Hati masing-masing bergelumang dengan kekejian dan mendapat kemurkaan Allah. Islam tidak mendidik mereka sebegini rupa , berpecah-belah ,fitnah mempitnah . Susah nak mendidik manusia selagi hati tidak dibersihkan . Kalau hati bersih ,kalau hati suci , kalau hati itu ada serinya , pancarannya akan menunjukkan kesan pada diri setiap individu. Setiap penduduk mesti diajar menyuluh diri sendiri , supaya masing-masing dapat melihat kea'iban diri . Cermin makrifah akan dapat menyuluh diri supaya segala kekotoran dapat dilihat.Dan selepas itu barulah dapat dibersihkan .
Semua itu terpuing-puing dalam kepala Syed Abdullah. Banyak kerja yang harus dikerjakan dan dia harus berhati-hati untuk memperbaiki suasana yang cukup kacau.
Persiapan terbaik ialah melalui langkah2 yang pernah diajari Junjungan Besar Nabi s.a.w . Dia harus membangunkan individu secara kecil2an dan keseluruhan masyarakat supaya bersikap profesional. Imam2 dan orang2 alim perlu disatukan kerana merekalah titik-tolak kebentukan perpaduan.
Semalam-malaman Pak Syed berpikir dan terus berpikir tentang masalah yang tercetus. Bersembahyang dan berdoa untuk melengkapkan malam yang berbaki.Pak Syed bermohon semoga Allah memberinya segala pertolongan dalam menjejaki laluan hidup yang masih ada . Hidup di dunia hanya sekali dan hanya sebentar . Pak Syed terus berpikir dan berpikir . Pak Syed tak mau berjuang melalui politik kerana pak Syed bukan anak tempatan dan bukan kerana politik itu kotor . Politik tidak kotor kerana yang kotor ialah akhlak dalam berpolitik itu yang kotor.......

AKHLAK JADI KOTOR , BUDAYA JADI KOTOR.
Pak Syed akan memulai dengan dirinya sendiri , kerana dirinya lah yang akan dibawa ke dalam masyarakat.
Pak Syed akan memulai dari yang kecil , kerana yang besar bermula dari yang kecil .
Pak Syed akan memulai hari ini , kerana tidak akan ada esok kalau tidak ada hari ini.
No comments:
Post a Comment