Tengok tajuk berasa gerun , tapi tak dak apa . Gah saja . Sat lagi aku mulakan . Hari ni cuaca tak mengizinkan ku bekerja di luar . Hari ni juga aku berasa nak membaca saja . Aku gemar membaca di atas katil kerana ia lebih selesa bagi orang tua . Bila mata naik layu , buku diletak di dada dan mudah melelapkan mata . Bila mata dah pejam , hati membelek buku di dada . Harapnya begitulah . Aku dapat membaca 2 buah buku yang isinya membincangkan tajuk yang lebih kurang sama . Bukan buku , 2 buah majallah . Kedua2 bahan membincangkan tentang minda , mental , pikiran . Nama berbeza tapi pada yang satu juga....lebihkurang begitulah .Di sini aku eksposkan pendapat2 yang aku dapat kutip dari bacaan tersebut . Manusia sejak dari dulu lagi berforum , berdebat dan menukar buah pikiran . Manusia berdebat dengan nabi2 sejak dulu lagi . Manusia yang mula berdebat ialah antara Habil dan Qabil . Akhirnya berlakulah pembunuhan pertama di dunia ini . Jadi akhirnya manusia tak dapat berdamai juga . Sepatutnya selepas berdebat , berforum dan sebagainya , manusia memantapkan mental kerana dia dapat membuat konklusi bernas dari hujjah yang diberi . Di ibaratkan sebagai memetamorphosiskan pikiran atau pun memasakkan minda kita . Ini tidak , sebalik pula yang berlaku . Jurang kepahaman dan pendapat tak dapat dikendurkan . Musuh yang kecil menjadi besar . Lepas itu masing2 merekrut ahli2 baru yang senyawa dengan adegan yang masing2 bawa. Mengapa begitu ? Kerana ego , kerana kepentingan diri sendiri . Yang utamanya syaitan dan iblis memisahkan kita . Buat lah apa saya , syaitan tetap bersama . Tapi dengan ilmu dengan akal dan dengan iman ,syaitan tidak dapat melangkahi 3 lapisan pagar tersebut .Baru manusia akan selamat .Selalu lah minta berlindong dari gangguan syaitan .
AUZUBILLAH
No comments:
Post a Comment