Thursday, July 19, 2007

PROF.DR.KHOO KHAY KIM.......MALAYSIA NEGARA KOMPLEKS

MALAYSIA NEGARA KOMPLEKS

Tokoh akedamik Prof.Emiritus Datuk Dr. Khoo Kay Kim menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang kompleks . Malaysia ada masaalah , tapi masaalah timbul kerana tak paham bukan kebencian . Beliau bercakap di London pada kumpulan Islam London City Circle . Tambahnya , Malaysia benar2 bersifat Asia . Se begitu juga orang bukan Islam di Malaysia pada umumnya tak memahami Islam , kerana orang Islam berpendapat Islam tidak kena mengena dengan bukan Islam . Orang Islam di Malaysia belum memainkan peranan 'mubaligh' secara serius . Orang Islam tak menjelaskan Islam kepada bukan Islam . Orang Islam tak perlu menjauhkan diri daripada mereka . Mainkan peranan mubaligh secara teratur dan rapi . Beliau seterus berkata bahawa seorang fundalmentalis adalah seorang Islam yang baik . Beliau bukan pengganas .Menyambung Prof berkata Malaysia ialah sebuah negara yang bertoleransi . Patung Buddha terbaring terbesar di dunia bukan di Thailand , tapi di negeri Kelantan yang dikuasai oleh kerajaan parti Islam .Kerajaan Malaysia mempromosikan Islam Hadhari , idea Islam progressif . Tapi yang perlu di Malaysia bukan Islam Hadhari , tapi umat Islam hadhari . Umat Islam yang progresif yang hadhari boleh menerangkan Islam kepada bukan Islam .Pasal rukunegara beliau berkata , para pelajar diminta menghafalnya , tapi bila ditanya tentang peraturan perundangan mereka tak tahu . Sehingga kini ia tak memberi kesan yang serius pada masyarakat.Maklumat tersebut saya kutip dari Bernama 14 April , 2007 .Mai kita sama2 pikiaq . Sejauh mana kita dah mainkan peranan sebagai umat Nabi s.a.w . Orang bukan Islam yang dah tua bongkok , tinggal di sebelah mesjid kita pun masih belum memahami Islam . Pernah tak kita jemput dia ke majlis2 kenduri yang diadakan berkali2 dalam setahun ? Biar dia sendiri melihat kehebatan Islam . Ini tidak , malahan menyebabkab dia tak mempunyai sangka buruk pada Islam . Kita tak pandai berdakwah . Benar sepertimana dikatakan Prof. Khoo .Para sahabat dulu dikagumi oleh orang2 cina . Beramai2 mereka memeluk Islam kerana contoh peribadi muslimin mereka . Mereka tak boleh berbahasa cina . Tapi peribadi mereka diterjemahkan .Kita tak memberi contoh yang terbaik , dan mereka melari jauh dari Islam .Saya bersetuju dengan saranan oleh Datuk Mufti Perlis . Iaitu saudara2 baru di bin @ di binti dengan nama bapa mereka sendiri . Bukankah dalam sejarah Islam Ali bin Abi Thalib ber bin kan bapanya yang bukan Islam ? .Kita ambil panduan mereka2 yang telah bersusah-payah untuk memperkenalkan Islam .Wallahuaklam .

No comments: