Saturday, July 21, 2007

PENYAKIT HATI MENGGANGGU-GUGAT


Biar aku cakap cara mudah . Biar senang orang paham . Cara simple , straight to the point . Kalau pusing2 lidah , cakap jadi berbelit-belit . Orang jadi bengong , dan tak erti apa yang kita cakap . Senang macam ABC . Tapi kekadang ada juga orang yang tak reti ABC . Jadi ABC pun tak mudah. Susah macam zaman dulu dok hapal ABC . Alif , Ba , Ta lagi susah . Dah banyak orang tak tau jawi . Hingga terpaksa tutup surat-khabar jawi . Kerana banyak tak tau baca jawi . Jadi nak cakap bagi mudah , bukan mudah . Susah juga nak cakap bagi mudah .
Lihat di mana-mana dunia hari ni penuh bercelaru . Susah kita nak paham pasai apa . Universiti makin banyak . Orang mengaji di univesiti pun cukup banyak . Maknanya banyak orang cerdik dalam dunia . Maksudnya dunia ni patut aman dan ceria . Tapi sebaliknya yang berlaku . Penuh pancaroba , penuh keganasan , penuh kezaliman , penuh hasad dengki , penuh penipuan dan penuh......penuh.......penuh.....penuh.....penuhhhhhh. Pembunuhan berlaku dalam setiap saat . Sebutkan apa saja yang negatif , semuanya berlaku dan berlaku . Tanpa henti , bahkan bertambah lagi dan lagi .
Sebab utamanya ialah hati-hati manusia . Hati-hati manusia ini mudah dirobek-robek oleh syaitan . Hati-hati manusia jadi sakit , bermasalah , dihinggapi oleh bertbagai penyakit yang membusukan . Manusia gundah-gulana , mengganggu-gugat kedamaian yang dipupuk dan yang telah dibelai . Menjadi musnah-semusnahnya . Penyakit hati menjadi lebih parah dari AIDS . Hati manusia rosak kerana syaitan dah dapat resepi untuk memusnahkannya . Syaitan tau , mudah memusnahkan hati manusia dengan hanya-sanya , menggunakan dunia sebagai bahan kerosakan . Biar manusia bergelumang dengan segala nikmat dan sorak-sorai dunia . Hiburkan manusia , biar mereka ralit dengan segala yang syok-syok . Biar mereka gembira , kerana dengan bergembira manusia akan hilang panduan hidupnya . Hati manusia akan tertanam dengan bintik-bintik hitam , dan bila hati dah hitam mereka akan mudah dibawa ikut walaupun ke lubang biawak . Heretkan mereka ke mana-mana saja . Mereka rela ikut . Mereka akan mudah menjadikan syaitan pemimpin mereka .
Bila dah sesat sesesatnya , mereka menjadi susah mencari pangkal jalan . Pikiran jadi buntu , kusut , tak ingat dan lupa asal kejadiannya . .....waiazubillah .
Allahuakbar , Allahuakbar , Allahuakbar
«

No comments: