Thursday, July 19, 2007

SUKARELAWAN AMERIKA

Sepertimana yang aku sebut dimana-mana , aku memang bencikan Amerika sejak zaman Kennedy lagi . Tak dak siapa pun mempengaruhi aku . Aku sendiri yang membencinya . Ia bukan wahyu , kerana aku bukan nabi . Ia juga bukan ilham ,kerana aku bukan orang alim . Dan aku juga bukan ahli khassaf , kerana amalanku tak seterror mana . Begitu juga aku bukan ahli abid , kerana aku bukan rajin berzikir . Aku cuma dapat paham bahawa ia cuma kasih-sayang Allah . Mungkin Allah melihat sedikit amalan ku yang ikhlas maka Dia (Allah) meanugerahkan aku sifat benci itu dalam diri ku . Orang berbondol2 memertabatkan kehandalan Amerika dari segenap bidang . Dia berkuasa , dia kaya , ada banyak senjata , ada banyak pakar dalam kesemua bidang . Sebutkan saja apa benda pun dia ada . Getah banyak dalam simpanannya , walaupun dia tak dak pun sebatang pokok getah . Begitu juga minyak banyak dalam simpanannya , walaupun negara2 Arab adalah gergasi minyak.Di awal tahun 60an bersepah2 dia hantar anggota peace corps ke setiap pelusok dunia. Tak kira hutan atau rimba . Dalam semua ajensi ada saja orangnya. Bukan orang lembab yang dia hantar , tapi mereka terdiri dari cendekiawan2 . katanya nak membantu negara2 yang kurang maju . Kita tak tahu muslihat mereka . Kita layan mereka . Lebih2 lagi mereka yang datang ke negeri kita petah bercakap Melayu. Macam mana tak pandai , mereka diajar bahasa2 ibunda negeri2 yang mereka dihantar. Yang datang ke negeri kita di kumpulkan di Honalulu dan guru2 bahasa melayu dipinjamkan mereka dan dihantar ke honalulu untuk mengajar. Kita tak payah keluarkan duit , semuanya mereka tanggung. Salah seorang kawanku terpilih menjadi tenaga pengajar . Kerjanya cukup mudah , kerana mengajar orang pandai . Dalam sebulan dah pandai bercakap dan membaca. Ini satu peringatan kepada sesiapa yang nak jadi cikgu. Kerja cikgu menyeronokkan , kalau murid2 kita pandai. Kerjaya cikgu belum lagi teruji . Nak kenal bahawa kita cikgu yang baik dan kommited cubalah mengajar murid2 yang kurang kecerdasannya. Di situlah baru kita kenal kita ni sesuai atau tidak menjadi cikgu . Aku boleh tulis banyak tentang cikgu kerana aku bekas cikgu . Limabelas tahun aku mengajar di sekolah rendah sebagai guru bahasa inggeris dan juga limabelas tahun di sekolah menengah sebagai guru sastera. Aku pernah ngajar dari darjah satu sampai ke tingkatan 6 . Aku berminat ngajar bahasa inggeris dan sastera , tapi bila aku dapati prestasi ku dah menurun , aku cepat2 isi borang pencen . Aku pencen sebelum cukup umur pencen . Pencen awal . Pencen option. Aku takut berdosa kalau teruskan mengajar . ........wah mengapa pula sampai kesini ceritanya. Aku nak ceritakan tentang peace corps .Anggota peace corps yang datang ketempat ku, aku kenali mereka .Seorang ialah jurutera dan seorang lagi ialah ahli sosiologi . Ahli jurutera itu kerjanya ialah mengorek lubang jamban dan membangunkan jamban . Masa itu orang kita masih berak merata2 . Dalam parit mereka buang , dalam semak2 mereka buang . Itulah kerjanya buat jamban . Yang seorang lagi tu kerjanya menulis .Entah apa yang dia tulis , aku pun tak tahu . Dan dia pun tak beri tahu pada aku. Dia bergaul bebas dengan orang2 kampong untuk mengutip bahan . Dari situlah mereka ada maklumat lengkap tentang semua negeri termasuk negeri kita.....wah kepenatan juga menulis ni. Aku berenti seketika

No comments: