Friday, July 20, 2007

BERBALAH TAK BERMAKNA BERPECAH

Seperti ku katakan dulu , jalan mini tu herot-petot . Sempit dan tak lurus . Lepas tu konanya 90 darjah . Nak ikut sempadan tanah konon . Van yang panjang sikit susah nak kona . Nak elak parit ada pokok pinang di depan . Nak gostan belaga pula tiang pagar . Cukup susah . Kemudian tiba di depan ada satu kumpulan lembu dok tidoq . Berak dan kencing pun di situ . Ada juga juga kumpulam kambing . Perangai pun macam lembu juga . Dok jilat punggong betina pun masa tu juga . Nak kerabat pun di atas jalan juga . Nak salah sapa ni ? Nak kata tak ngaji , kebanyakan dah sampai ke tingkatan lima . Dulu tak banyak orang ngaji , lani semua dah ngaji . Sekolah menengah pun dah dekat dengan rumah . Ya lah lembu dan kambing tak mengaji . Tapi tuan dia semua mengaji . Pandai2 semua . Dah boleh ajak berdebat . Kalah kita . Hujjah demo kekadangnya macam minda kelas satu . Baguih la tu . Tapi dok bawa minda kelas ketiga . Tambat la lembu , kurung la kambing tu . Dok lepas macam tu , habeh makan tanaman orang . Habeh makan sayur orang . Buat jalan mini tu kotor dengan najis . Bila selisih motor , taik tertindih dan terpelanting kena muka orang yang lagi satu . Berkelahi pula depa berdua . Kerana taik lembu . Suasana akan jadi lebih hebat kalau perbezaan parti politik . Sokmo nak cari gadoh , Sokmo nak berbalah . Taik lembu tak membawa tuah . Kalau nak bagi taik lembu bertuah , ambil buat baja pokok . Dia memberi manfaat .



Lepas 50 tahun sambut merdeka ni , kita kena buat penilaian semula . Cari yang mana buruk . Kita buang jauh2 . Pilih yang mana baik . Kita buat pedoman . Cari lagi idea2 yang bernas , kita majukan lagi . Tak guna berpecah . Tak guna bergaduh . Tak guna berbalah . Bukankah tok nenek kita dulu ajar kita BERSATU TEGUH , BERCERAI ROBOH . Setiap orang kita ada ego . Aku juga ada ego . Tapi gunakan ego ke jalan yang baik . Begitu juga semua orang ada sifat pemarah . Aku juga ada sifat pemarah . Sifat mazmumah . Sangat gemar syaitan ,kalau kita ada sifat itu . Tapi kita gunakan marah pada tempatnya . Syaitan akan junggit . Dia lari jauh , kerana kita pandai guna sifat marah pada tempat yang sesuai .


Kita bukan saja berbeza pendapat , kita berbeza segala2nya . Sampai tanda di ibu jari pun tak sama . Semua ada perbezaan . Itulah tanda begitu agungnya Allah Taala . Tapi kita kena ingat , kita dari satu keturunan . Dari Adam dan Hawa. Mengapa kita masih tak paham2 ? . Syaitan buat kita tak paham . Sebab kita banyak gunakan pedomannya .


UNITED WE STAND . Baru Allah turunkan nusrohNya .

No comments: