Kawan-kawan sebaya dah tinggal tak berapa ramai . Dapat saja berita dia nu dah meninggal . Lepas sorang , sorang kembali menemui Allah . Aku selalu doakan mereka supaya diampunkan segala dosa mereka dan mendapat tempat istimewa di alam barzach . Bila ada anak-anak mereka yang kenal aku , aku senang mendapat berita tentang diri mereka diakhir2 hayat . Ada juga anak-anak kekawan tak kenal sahabat bapa mereka . Kepada anak-anak aku , aku selalu ceritakan tentang kekawan2 aku . Kalau ada gambar aku tunjukkan gambar mereka . Pada orang tua suruh mereka bertanya khabar . Kekadang kesian juga kat mereka dengan keadaan dunia sekarang . Jadi sibok tak tentu pasal . Kejar kesana kemari . Ada2 saja kerja yang menyibokkan diri . Susah nak hidup releks dan bertenang diri . Sat-sat mesin basuh rosak , Sat-sat gas habis . peluang bereleks dah habis . Malam nak gosok kain-baju , letrik pula tergendala . Tak boleh hidup senang lenang macam orang zaman dulu . Orang2 tua boleh bereleks bergobek pinang . Hidup bahagia sambil berjuntai di atas jemboran rumah . Sekali-sekala menabor segenggam padi pada anak-anak ayam di tanah . Tiada ada tekanan . Tekanan kerja lansung tak ada . Dunia maju , laju . kereta laju . Masa pun laju . Sedar2 umur dah tua , dah dapat subsidi .
Aku berjumpa kekawan ku yang masing2 dah dapat umur subsidi . Tok kaseng baru dapat 2 tahun subsidi . Chot dah dapat 6 tahun subsidi . Jid dah dapat 5 tahun subsidi . Alhamdulillah , kami masih boleh berkunjung dan bertanya khabar . Pasal penyakit tok sah kira la . Biasa la orang tua tu ada saja sakit . Mana nak cari orang tua sihat . Tak jumpa . Kami masing2 giat buat projek untuk akhirat , setakat ada masa yang berbaki . Insyaallah , Allah akan berkati sisa-sisa hidup kami . Aku selalu mengingati diriku dan juga kekawan bahawa ini zaman globalilsasi . Abad ke 20 dah berlalu . Kami kena buat check-up . Buat check-up pagi dan petang .
Kami cepat lupa . Susah nak ingat . Pi ke kedai kena bawa bil nak beri barang . Aku kekadang terlupa nak bersarapan . Kawan ku , tak payah aku beritau sapa dia , terlupa nak pulang bersama bila pi ke Sungai Petani . Balik nak bas berasingan . Tak ingat yang pi tadi tu bersama isteri . Nasib baik isteri pun dah paham .
Tapi alhamdulillah , kami tak lupa akan mati . Kalau kami lupa yang kami akan mati , jadi masaalah berat la . Alhamdulillah , Allahuakbar .
SETIAP YANG BERNYAWA AKAN MENGHADAPI MATI .........( maksud Al-quran )
No comments:
Post a Comment