BISSMILLAH. Srengenge nyunar kanti mulya, Angine midit kawandana, Manuke ngoceh ana ing wit witan, Kewane nyenggut ana ing pasuketan, Kabeh pada muji Allah Kang Mulya... Bermaksud :- Matahari menyinarkan kemuliaan, Dan ketika anginnya sepoi-sepoi, Burung pun sedang berkicau, Hewan ternak sedang merumput, Semua memuji Allah Yang Mulia . ASSALAMUALAIKOM........KU DOAKAN PADA SEMUA SEMOGA BERADA DALAM PENUH KECINTAAN ALLAH. BEKAS2 MURIDKU,"TUK CHA MASIH DI KAKI BUKIT SRENGENGE".
Thursday, July 19, 2007
FRAGMEN NOVEL.....SAMBUNGAN (2 )
Berita tersebar keseluruh sudut dan penjuru kampong.Merebak begitu cepat sekali bagaikan serangan selsema burung,bagaikan serangan lembu gila,bagaikan merebaknya penyakit JE sehingga berpuluh ribu khinzir di bunuh.Tersebar dari mulut ke satu mulut sehingga kesahihan sebenar bertukar menjadi cerita yang pelbagai.Ada yang menuduh Hammad cuba menguasai Jeha.Ada yang menuduh Pak Senik mengendap isteri Hammad mandi di sungai.Sehingga semua cerita2 itu tak dapat lagi diambil kira oleh yang tua2.Gossip sana dan sini.Kalau ada yang berkumpul tiada ada cerita lain,masing2 membawa versi tersendiri,dari perspektif yang beraneka warna-warninya. 24 jam cerita berputar2 tak renti2 , bagaikan satu peristiwa dekat kiamat sedang menjalani detik2 melutupnya alam ini.Kicauan beburung dan unggas-unggas yang lainnya juga diperhitungkan juga membisek cerita yang senada dengan gossip2 penduduk kampong.Cecacing juga menjengokkan kepala keatas mencuri berita2 terkini yang dibisekkan oleh keseluruhan penduduk di sekeliling mereka.Gempolan2 awan yang berarak melintasi kampong,cuba berhenti sekejap mencuri berita yang sama.Begitulah dahsyatnya peristiwa ini yang belum pernah berlaku dari sejarah hidup mereka,sehingga mereka sendiri tak berani mempercayainya.Masing2 kurang cayanya dari yang caya.Otak beku dan bengang memikirkan yang tak masok akal, dari versi dan perspektif kepelbagaian warna-warninya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment