Saya banyak mengenali manusia melalui bacaan Hadis2 Nabi saw . Saya 100% mempercayai nya , kerana ia datang dari Nabi saw . Apa yang Nabi saw sabdakan adalah perfect . Sebagai seorang muslim kita tak boleh pertikaikan . Kita tanya orang cerdik-pandai dalam ilmu hadis supaya kefahaman kita tak buntu .Saya ingin perturunkan sebuah Hadis Qudsi . Memahaminya dapat menolong diri kita dan dapat mentafsir dasar2 hidup sebenarnya . Saya cuma boleh perturunkan maksud hadis tersebut . Dan tak berani mentafsirnya kerana saya bukan ahli dalam ilmu hadis .Sila hayati dengan hati yang suci dan jangan cuba mempertikainya kerana ia sangat bahaya .
" Hairan melihat orang yang kenal akan mati , tapi masih boleh berseronok-seronok." Hairan melihat orang yang paham begitu dahsyatnya hisab di akhirat , tapi masih ghairah menghimpun harta ."Hairan pada orang yang kenal begitu siksanya kubur , tapi masih boleh bergelak-ketawa."Hairan melihat orang yang kenal adanya akhirat , tapi masih boleh bersenang-lenang di dunia."Hairan melihat orang yang kenal dunia akan hancur pada hari kiamat , tapi masih boleh rasa tenang pada dunia ( comfort zone ) ."Hairan melihat orang yang alim dan pandai bercakap , disanjung oleh ramai orang , tapi masih jahil di hati."Hairan melihat orang yang sibuk tentang diri orang lain , tapi lupa pada diri sendiri ."Hairan melihat orang yang tahu bahawa Allah melihatnya dimana-mana saja , tapi sanggup derhaka padaNya."Hairan melihat orang tahu mati seorang diri , tapi masih berjinak2 dengan manusia .
Kupasan oleh yang pintar ilmu hadis cukup menarik .
POHON ALLAH KEKALKAN KEHAMBAAN KITA........AMIN
No comments:
Post a Comment