Sunday, July 22, 2007

NOSTALGIA TAHUN 50an ..(2)... SYED ABU BAKAR

Jasa Pak Tuan (panggilan resmi Syed Abu Bakar) cukup menyerlah dalam hal nak membangunkan sekolah Inggeris di Sik. He once said,' I felt terrible. I was fresh from Kirkby.Only two weeks of teaching experience in Alor Star,and there I was,being sent off to start a school ".
He continued , " I didn't even realise I had to have a syllabus."
Pak Tuan terpaksa menyewa kereta lembu mengangkut kerusi-meja dari sekolah Melayu , kerana belum ada lori untuk di sewa.
Pak tuan menyambung," I was the only teacher,so I had to do everything,from sweeping the floor to arranging the tables and being the canteen man."
Untuk mengumumkan pembukaan sekolah ,Pak Tuan meminjam kelok yang digunakan oleh orang kampong menggantongkan di tengkok2 lembu kerbau.Orang ramai berkumpul mendengar penjelasan dari Pak Tuan.Tak banyak yang bersedia menghantar anak terus ke darjah satu di sekolah Inggeris. Tapi nasib Pak Tuan positif kerana salah seorang ulamak bersedia menghantarkan cucunya belajar di darjah satu. Tak berapa lama suasana menjadi lebih aman.Ramai yang bersedia menghantar anak2 ke sekolah Inggeris.Semasa itu yuran sekolah ialah RM 2.50 sen sebulan.Oleh kerana penduduk banyak yang tak mampu membayar Pak Tuan terpaksa membuat perniagaan barter.Pak Tuan membayar dengan membeli telor2 ayam dan ibu2 ayam yang hendak dijual mereka.Jadi maknanya yuran sekolah boleh dibayar melalui bahan2 mentah di kampong2 ,kerana mereka tidak ada wang cash. Pak Tuan juga bernasib baik kerana ibu-bapa sangat bermurah hati dengannya.Di musim buah rumah Pak Tuan di penuhi oleh berbagai buah2an.

Sekolah Inggeris Sik ( Sik English School ) berkembang pesat sehingga akhirnya sebuah sekolah baru dibina di Kampong Dusun. Murid2 terdiri dari primary one ke primary six.Kemudian kelas special malay class juga di buka bila banyak permohonan dari murid sekolah melayu nak bertukar ke sekolah Inggeris.Guru2 juga mula bertambah .Berbahasa Inggeris dah tak menjadi pelek lagi , kerana dah ramai murid dah boleh bertutur dalam bahasa inggeris. Kekadang orang2 kampong juga dah mula boleh paham beberapa patah bahasa Inggeris.Semua guru2 di sekolah inggeris dipanggil "sir".Dan guru2 pompuan pula di panggil "teacher".

You are a real Kirbyite Pak Tuan .
Lately we read from the english daily that you are "Re-united After 50 Years" with Siti Rohani Ismail( Datin Seri, if I am not mistaken) . What a good news .
Selamat Pengantin Baru , doakan sukses....AMIN.

No comments: