Saturday, July 21, 2007

FRAGMEN NOVEL-------SAMBUNGAN (7)


Tertonggek-tonggek dan mengengkang-ngengkang Hammad Che Noh berjalan bagaikan ada sesuatu tersepit ke dalam lubang duburnya.Lututnya memang terlalu sakit macam di iris daging dari tulangnya . Di atas jemorang dia mengesot-ngesot mencari lubang untuk membuang air kecil. Allah,aduh, Allah ,aduh mengerang dia kesakitan . Sesekali memanggil emaknya yang telah lama meninggal.Banggol Derdap bagaikan diserang oleh sang geruda dari kayangan.
Srengenge menyumpah lagi.
Di waktu malam bukan saja khinzir menyerang masuk kampung,tapi binatang tikus, besar-besar perut betis menjelajah ke setiap rumah.Mekerosek apa saja yang mereka jumpai.Jumpa kain digigit kain.Buah labu yang berlonggok2 tersimpan di serambi di tebok di tinggal.Bukan nak makan tapi nak tunjuk sifat dengki mereka.Tikar mengkuang habis digigit.Benih-benih maman,labu,timun,bayam habis disepah-sepahkan dia atas para.
Gelok2 di terajang terpelanting berguling-guling penuh rumah.Kucing yang ada di rumah lari lintang-pukang kerana banyaknya tikus datang mengganas. Di setiap rumah bunyi orang jerkah menghambat tikus. Penyakit mengganas,babi mengganas, tikus pun turut mengganas.Itulah sumpahan Srengenge. Srengenge terus menyumpah-nyumpah.Bunyi rioh-rendah seperti sorakan orang di hutan sebelah Bukit Srengenge.Rupa2nya bunyi kera2 dan lotong2 yang telah berhijrah ke hutan sana selepas Srengenge di bogelkan.Ketawa mereka bagaikan mengejek2 penduduk Banggul Derdap . Memberikan semangat kepada khinzir dan tikus supaya ganyang,ganyang dan ganyang . Dan selepas ini mereka pula akan serang banggol Derdap sepertimana penduduk Banggol Derdap menyerang Srengenge. Srengenge terus menyumpah.Sumpahannya berterusan.

No comments: