Thursday, July 19, 2007

KOB VETERNARI

Kob vetenari ialah salah sorang kawan karib ku . Tahun sudah aku,Tok Kaseng dan Chot pergi ziarahnya di Kg. Kelompang dekat Tok Keling . Rumahnya pun sunyi , tinggal berdua dengan isterinya Bibah . Masa tu dia terlangtar di atas katil , sakit kencing manis . Kami kesian tengok keadaan dia , tapi dia dok ketawa berdekah-dekah macam biasa saja. Bibah layan kami dengan kueh2 melayu , dia nak bancoh kopi , tapi kami cuma minta air sejok. Kob seperti biasa menceritakan laluannya masa berubat di hospital , cukup ceria dia . Ada ketika kami ketawa terbahak2 apabila peristiwa2 lucu menggamit minda kami di masa dulu . Macam-macam kami luahkan kisah2 lama dan Bibah memerhatikan girang melihat telatah kami berempat . Seolah2 macam Kob tak sakit . Selalunya bila ziarah sahabat2 yang sakit , suasana tak lah segembira itu . Kami bagaikan berpesta di rumah Kob . Sudah tentu jiran disebelah rumah mensyaki sesuatu , tapi tak siapa datang menyapa . Kami rioh-rendah macamkan orang beribu . Seperti sama semasa kami bermain scabble dulu. Bila seorang berjaya menciptakan perkataan2 tertentu ramai-ramai bersorak macam Ronaldo menjaringkan gol untuk Brazil. Keadaan akan jadi lebih gamat apabila perkataan2 lucah dapat diciptakan. 80 % hidupku bersama Kob , sokmonya tidor di kuaters pejabat haiwan , kerana itu lah istana KOb .Ramai kekawan kesitu di waktu malam , biasanya bermain scrabble . Kami tak main vokalabri melayu , kami guna bahasa orang putih , sebab kami semua bersekolah inggeris. Sokmonya Tok kaseng menang , jarang2 kami menang . Dalam kuaters Kob macam2 dia bela : ada ayam ,ada arnab dan ada juga musang . Bau hancing kencing dan berak binatang2 tersebut tak kami hiraukan , kami semua dah immune. Bila lapar kami makan roti cicah sardin , lepas tu buka botol air lemonade . Dulu bukan ada makanan2 yang special , dan pekan Sik pukul 8 malam dah sunyi . Tiada kereta motor , tiada orang melepak dan jauh sekali mat rempit. Yang ada kereta masa tu cuma Goban dan Pak yamin. Itu pun sebagai teksi utk ke Gurun ataupun ke Sungai Petani apabila ada orang yang dipatok ular kapak. Kekadang ada yang mati di tengah jalan tak sempat sampai ke sungai Petani. Begitulah sekali pahitnya hidup . Tiada letrik , tiada tv , yang ada cuma radio berbateri kering. Lagu pop zaman tu ialah lagu R.Azmi . Lagu 'pak hitam' ialah lagu kegemaranku di waktu itu. Mungkin sebab tulah aku di panggil pak hitam. Masa disekolah dulu aku dikenali sebagai nama itu.Aku cukup berbangga dengan gelaran itu because black is beautiful.Kulit hitam isinya putih : apakah benda itu ? cuba teka

No comments: