An naas ataupun insan adalah panggilan popular kita . Itu panggilan dalam bahasa Arab .Kita panggil diri kita 'manusia' . Dalam bahasa Inggeris dipanggil 'human being' . Bahasa2 lain aku tak tau , dan aku pun tak pernah kisah nak ambil tau . Ingat dari ketiga panggilan itu sudah cukup aku nak memahami siapa kita sebenarnya .
'Insan' bermaksud 'pelupa' . Memang kita ni pelupa . Kita lupa dimasa alam zuriat lagi . Kita lupa semasa kita dalam perut ibu selama 9 bulan . Kita lupa semasa kita kecil2 dulu . Kita lupa peristiwa2 20 tahun lepas , 10 tahun lepas , malah setahun yang lepas , bulan lepas , minggu lepas . Kita lupa peristiwa kelmarin ( semalam ) . Kita malah boleh terlupa peristiwa yang seketika tadi .............jadi kita tak hebat kerana sangat pelupa .
'Manusia' ,kita pinjam dari bahasa sanskrit . 'Manu' ertinya orang . 'Sia' ertinya tiada nilai .Bukan kah kita selalu peringatkan diri kita supaya jangan membuat kerja 'sia-sia'. Kerja yang tak berguna . Jadi makna 'manusia' ialah orang yang tak berguna ............jadi kita tak hebat kerana kita orang yang tak berguna .
'Human being' juga serupa huraiannya . 'Human' bermaksud orang dan 'being' bermaksud 'gitu-gitu saja' . Jadi kita juga orang tak sebagaimana cuma 'orang gitu-gitu ' saja .......wah , tak hebatlah juga kita ni , bukan ?
Mudah saja nak jadi hebat . Guru ku beritau , mudah saja . JAGA IMAN DAN AMAL .
After all who are we ? We are from earth to ashes .
ALLAH IS GREAT.
1 comment:
Ada satu perkataan Latin yg kita biasa dengar i.e HOMO SAPIENS
banyak artikel mengenai tajuk ini
Post a Comment