Friday, July 20, 2007

TAK RELEVEN , TAK SENONOH

Orang kampong dah memiliki banyak vokalbulari bahasa asing . Dulu bercambah vokal2 bahasa Arab , sehingga sunat , wajib , makruh , haram dah dimiliki orang Melayu . Sehingga kadang2 tak tau apakah perkataan melayunya . Kita juga memiliki bahasa cina , sehingga tak tau apakah melayunya perkataan "toqe' , 'tekua' dan sebagainya . Kita juga memiliki bahasa Tamil , sehingga kita tak tau melayunya kata2 ' phoorah'.
Kadang2nya bila di melayukan membawa makna yang menyimpang terus dari makna asal yang kita pinjamkan itu. Kita pinjam dan kita sendiri pula memusnahkan yang aslinya . Perkataan 'borak' pada lazimnya orang paham menipu , pada hal borak itu benar . Nabi s.a.w menaiki borak dalam perjalanannya ke Baitulmuqaddis . 'Khalwat' ialah satu kerja yang cukup murni . Juga dilakukan Nabi s.a.w di Gua Hira' . Sekarang kalau kata berkhalwat tu sudah jadi satu perkara yang cukup sumbang . Hina-dina . Kalau nak , banyak lagi contoh2nya . Memadai itu saja . Dah tak releven .
Nama anak2 juga sudah tercemar . Nak beri berbau arab , tapi maknanya masyaallah . Mengundang bala . Ada nama Norzina , masyaallah , tak rela aku nak sebut . Tak mau dok cerewet dah pasai ni , rasa malu . Direka di bentuk dengan pelbagai jenama , dikombinasi dengan ibu , datuk dan pelbagainya . Akhirnya tercipta sebuah rojak yang basi . Boleh memuntahkan . terkeluar segala lendiran yang bertali2 , liat dan susah putus . Busuk macam bangkai . Seolah-olah kita dah biasa dengan kekotoran . Macam kita ni bangsa kotor , bangsa pembohong . Lebih2 lagi dapat disaksikan segala kekotoran dalam masyarakat kita . Budaya jadi kotor . Anak2 melayu terjerumus dalam budaya negatif , dan sokmo pula dapat nombor satu . Merempit kita nombor satu , melepak kita nombor satu . Bukan saja yang muda , yang tua melepak berjam2 di kedai kopi . Di pusat serenti semua orang dah tau . Dan pihak atasan pula dengan rasuahnya dengan konspirasinya . Kezaliman rumahtangga juga kita 'number one' . Mencuri kabel berlaku di segenap kampong . Nak berkomunikasi dengan telefon menjadi payah .
Kita tak membangun , kita meroboh , kita meruntuh , lupa diri , hilang keupayaan . Kerja buat tak berlapik keinsanan . Yang paling takut nanti ialah kekotoran menjadi darah daging . Menjadi huduh dan jijik . Kita menerima himpitan jiwa yang tersangat . Di lembukerbaukan .kita harus cari jalan baru .
Yang berlalu tak releven lagi . Kita bina bangsa baru beracuan lama . Jangan keluar dari acuan . Takut sesat terus . Kalau tak mau hilang di dunia dan sesat di akhirat pandulah Al-quran dan Sunnah Nabi s.a.w . Itu saja , yang lain bukan .
Its Now Or Never .

No comments: