Sunday, July 22, 2007

NOSTALGIA TAHUN 50an ..... (4)...SIK ENGLISH SCHOOL


Ramjan membangunkan sebuah kanopi di bawah pokok cempedak sebagai kantin sementara.Dia menjual berbagai jenis kacang termasuk bihun goreng dan nasi lemak dengan sambal telor.Air diangkutnya dari sebuah telaga yang digali oleh Pejabat daerah.Ia dibuat dibawah projek Tuan Syed Osman.Tak lama selepas itu Tuan Syed Osman bertukar ke Sungai Petani.Pak Tuan Syed Bakar hilang akal bila Syed Osman ditukarkan ke Sungai Petani.Dia terpaksa berdamping dengan DO baru supaya kerja2nya nak membangunkan Sik English School tercapai.Dengan tiada bekalan elektrik dan air paip yang bersih rancangan pendidikannya menemui banyak masaalah.Pelajar2nya perlu diajar tentang kebersihan .Pak Tuan mendapati penyakit cacing membantut pelajaran anak2 murid2nya. Dia perlu segera membasmikan penyakit tersebut.
Air yang disediakan Ramjan dikantin pun disuruhnya memasak dulu. Oleh kerana doktor pun belum ada di Sik,Pak Tuan terpaksa memohon perkhidmatan dari klinik luar-bandar . Pak Tuan dapati masyarakat setempat tidak rancak nak membangunkan penduduk luarbandar yang tertinggal dari berbagai segi.Mereka cuma berminat bermain politik semata-mata.Mereka sanggup bergaduh kerana politik,dan pikiran mereka pun tak sampai ke tahap berpolitik.Cuma dibakarkan oleh semangat yang berapi2. Tanpa pelajaran ,politik tidak akan membawa kemana2. Takut2 politik akan membunuh orang Melayu sendiri.Bukan orang putih membunuh Melayu,tapi takut Orang Melayu bunuh Orang melayu sendiri. Senjata makan diri sendiri.


Suka dan duka di English School Sik mengimbau dalam perasaan .Bila dikenangkan membuat hati sekejap ketawa dan seketika menghiriskan kalbu.Di peringkat awalnya guru2 berasa hairan tentang petempatan lokasi sekolah,dibuat sebegitu rupa di tengah2 rimba.Dikelilingi rimba yang tebal.Dan kuaters guru pula terpesorok di hujung dunia persempadanan sekolah.Jalanrayanya merupakan laluan kerbau-lembu dan begitu becak sekali apabila hujan.Menyusahkan semua murid dan juga gurunya.Walhal ditepi jalanraya pekan Sik terdapat banyak tanah yang sesuai untuk pembinaan sekolah. Seolah2 macam ada sabotaj terhadap pembinaan sekolah ini.
Kuaters guru ditinggalkan kosong kerana tiada siapa yang berani tinggal disitu dan tidak pula mempunyai kemudahan air dan letrik. Untuk mendapatkan air terpaksa turun kepaya kerana disitu ada sebuah telaga.Kuaters guru pula terletak ditanah tinggi.Waktu malam pula tidak siapa berani menghayunkan kaki,kerana ular berbisa sedang menunggu di setiap penjuru jalan.Yang paling mengganas ialah ular kapak sungai petani.Bila terkena patuk terpaksalah dibawa ke sungai petani. Oleh itu ia terkenal sebagai kapak sungai petani.Waktu malam mana ada kenderaan nak ke sungai petani.Ya tak ya kena tunggu besok hari,semalamam menanggong derita patukan berbisa.Itu pun kalau umur panjang,kalau tidak liang lahat lah destinasi terakhirnya.Pak Tuan bukan saya menanggong bersama kesusahan dirinya dan guru2nya,malahan murid2nya juga menjadi tanggungannya.Dia terpaksa menghadapinya kerana guru adalah segala2nya.
Dengan kelulusannya Pak Tuan boleh saja mencari jawatan yang lebih lumayan , tapi niat nak jadi guru terpaksa dilaluinya walaupun pahit. Guru kekal selama2nya.Apabila mati pun orang akan panggil cikgu.Itulah ganjaran yang tidak siapa yang dapat mengerti,kecuali cikgu itu sendiri.Sekali masuk ke gelanggang guru,gurulah buat diri selama2nya.Guru ibarat 'matahari',khidmatnya tanpa henti. "Matahari" khidmatnya berterusan .Tanpa 'matahari' musnahlah dunia. Begitu juga guru.Nak jadi doktor kena ada guru.Nak jadi DO kena ada guru.Nakjadi Raja kena ada guru.Guru lah buat segala2nya.
Di bilik kuliah Prof.Patrik semasa di Kirkby dulu Pak Tuan dah belajar semua ini.Cuma kini Pak Tuan nak peraktikkan segala ajaran Profnya. Di malam itu bulan sedang mengambang terang benderang.Pak Tuan memetik guitarnya mengalunkan lagu keronjong untuk menghiburkan jiwanya yang kosong. Pagi tadi Pak Tuan menerima surat dari ibunya supaya dia berkahwin dengan pilihan ibunya. Pak Tuan pun dah ada pilihan sendiri semasa bersama2nya belajar di
Kirkby. Namanya cikgu Siti Rohani bt. Ismail .Makin berat jiwa menanggong.Walau bagaimana pun pilihan ibu perlu diikutinya.Dia tak sanggup menderhakakan ibunya.Syurga di bawah tapak kaki ibu. Cuma kawan2 sesama guru yang dapat memberikan ketenangan pada diri Pak Tuan.Guru2nya adalah kekawan2nya. Guitar yang dibelinya semasa di London menjadi penawar , pengubat rindu .
Diri mu cukup murni Pak Tuan.
Banyak ganjaran menunggu mu di alam baka'.
Banyak ganjaran untuk

No comments: