( aku tulis igauan ini dalam 'tidur'....satu eksperimen)
_____________________________________
Asap putih menjulang tinggi mencecah setinggi pokok durian,pokok rambutan ,nangka dan cempedak . Malah turut juga mencecah pokok kelapa . Segala dedaunan yang kering di musim kemarau ini dikumpul bersama reranting kering mudah dibakar . Dan dah menjadi kelaziman penduduk setempat Banggol Derdap membuat kerja ini semenjak datuk-nenek lagi. Membersihkan kawasan , membunuh segala serangga2 yang berbisa dan lipan dan ular yang suka berselindong di sebalik semak-samun ini. Berkepul-kepul asap menujahkan diri di celah2 dedaunan dan reranting dan dapat dilihat sejauh kampung2 Namek, Sadu dan juga Banggol Kiat. Bau aroma dedaunan kering ini dapat dirasai oleh hidong2 yang sensitif. Ada rasa masam ,tengik yang boleh memberikan rasa loya kepada perempuan2 yang mengandung. Terdengar aku teranan tekak meluah kan muntah . Perempuan di kala ini mudah mengandung kerana musim kemarau rasa cukup sejuk di waktu malam.Anak2 kecil pula tidor awal kerana penat bermain bola dan sebagainya di waktu siang.Itu semua memudahkan orang jantan membuat operasi.
Asap tebal berselimut di segenap penjuru alam Banggol Derdap.Sekejap lagi apabila angin timur musim kemarau bertiup ia berlari berpintal2 menuju ke sana-sini , terlihat sebagai naga berekor panjang berkejar-kejaran , memintasi satu sama lain. Nyamuk2 membawa diri menyusup di mana-mana saja yang dapat dan ada kalanya tewas dan terkulai jatuh ke tanah kerana lemas , dan mengakhirnya hayat mereka di situ.
Haji Hammad memandang kejadian itu semua dari jauh di Bukit Srengenge.Bersamanya ialah Abdul Aziz yang baru pulang dari England.Dia asyik mendengar cerita2 kemajuan di negeri orang putih itu. Aziz juga memberitau Haji Hammad supaya jangan mudah tertipu oleh kemerdekaan.Kemerdekaan yang tidak di isi dengan ilmu tidak akan mendatangkan manfaat kepada bangsa.Bangsa akhirnya akan rugi.Bangsa tak dapat terbela., dan bangsa yang cerdik akan membunuh bangsa yang lalai dengan khayalan dan semangat membuta-tuli.
Merdeka perlu di isi sebaik2nya supaya dalam tempoh yang terdekat bangsa akan maju , jangan lagi lama merdeka lagi mudarat membaluti bangsa sendiri. Lebih2 lagi apabila masing2 membawa akhlak politik yang tidak baik.Politik bukan kotor , tapi akhlak politik yang dibawa oleh penganut2nya yang akan mengkotori politik itu. Ia seperti makanan yang tercemar , kalau dimakan ia akan menmudaratkan diri orang yang memakannya. Di masa inilah musuh2 akan mengambil peluang yang ada kerana kita sakit. Orang sakit tidak akan berupaya melakukan kerja dengan sempurna. Lama juga Haji Hammad berbincang dengan A.Aziz di kebunnya. Tak lama lagi Aziz akan ke Singapura kerana ada jawatan yang ditawarkan kepadanya.Dia adalah antara hasil pertama yang dipelopori oleh Pak Nor dengan menghantar anak2 muridnya ke sekolah Inggeris.
Berjalan lompat2 kera semasa balik dari kebun Haji Hammad terus mengelamun dalam kepala otaknya berbagai peristiwa yang menyentuh peribadi kekawannya . Celoteh yang bermakna bersama Aziz semasa bersama di 'Universiti Rimba Terbuka' di bukit Srengenge cukup memberi kesan dalam beberapa idea mempermerdekakan negara dan kaitan dengan gelagat beberapa kekawan yang membuta-tuli dengan penuh semangat dan emosi yang melulu yang tak membawa ke mana2 dan tak keluar jauh dari kelompok tempurong Banggol Derdap.Kelak akan mensia2kan masa dan harapan untuk membentok sebuah masyarakat bangsa yang terus maju dan bertaraf .
Berjalan lompat2 kera semasa balik dari kebun Haji Hammad terus mengelamun dalam kepala otaknya berbagai peristiwa yang menyentuh peribadi kekawannya . Celoteh yang bermakna bersama Aziz semasa bersama di 'Universiti Rimba Terbuka' di bukit Srengenge cukup memberi kesan dalam beberapa idea mempermerdekakan negara dan kaitan dengan gelagat beberapa kekawan yang membuta-tuli dengan penuh semangat dan emosi yang melulu yang tak membawa ke mana2 dan tak keluar jauh dari kelompok tempurong Banggol Derdap.Kelak akan mensia2kan masa dan harapan untuk membentok sebuah masyarakat bangsa yang terus maju dan bertaraf .
Pemimpin2 politik juga membawa approach yang tak sihat terhadap pembangunan bangsa , kelak dengan mengapi2kan penduduk yang tak tahu apakah benda politik dan kemerdekaan akan membawa berbagai konsep merdeka dan politik dan akan terus menghantui mereka dan keturunan dalam masa yang lama membendungkan citarasa yang bercelaru nanti.Bergelumang dengan berbagai kebusukan dan najis dan akan menghantui kemajuan negara dan mempersorokan kegemilangan,kecermelangan dan terbilangan beratus dan ribunya harapan selok-belok agama dan bangsa.
Ego akan menjelma di mana2 saja dan ini akan memparahkan lagi segala barah dan kuman2nya yang telah lama menanti ketika dan masa untuk menjelma kembali selepas beberapa bangsa dan tamadun yang dikagumi terbengkalai dan meranap kemusnahan di muka bumi ini.Hancur luluh di makan bumi yang dicipta Allah untuk makluk yang dicintaiNya yang dinamakan manusia.Bumi untuk manusia dan manusia dengan segala kegilaan yang dijanjikan Iblis untuk kerosakan manusia itu sendiri.Punah-luluh dan tumpas-lampus segalanya.
MERDEKA MERDEKA MERDEKA
2 comments:
Dua tiga malam lalu saya baca tajuk yg menarik "Berapa Usia Kamu?" Malam ini dah sampai tajuk2 baru. Nostalgia. Ya memang kita sering teringat kepada masa masa yg lalu. Mengapa tidak kerana semuanya berlainan dari yg ada sekarang. Cakap tentang kedamaian, keindahan, sungai bersih, kampong bersih, keamanan - semuanya ada. Sebaliknya kini apa yang ada? Nukilan saudara banyak menceritakan hal-hal itu. Saya teringat dua tahun lalu semasa berkereta di sebuah kampong di Sussex England, melihat saja itek atau burung melintasi jalan, pemandunya mengurangkan kelajuan. Takut bertembung dengan binatang itu. Katanya 'This is their mating season and there fore we must be extra careful"Kalau kita langgar saja.
Nginap Srengenge - tak mengantuk, jauh dari itu .
Terima kasih komen dari Pak Non.Sebenarnya bila dah tua ni suka sangat beletiak ( berleter).Macam orang2 tua dulu dok beleter kat kita.
Arwah bapak Datuk Shahnon dulu banyak mendidik saya .Masa kecil2 dulu saya setiap hari ke
rumahnya.Saya seronok bila dia bercakap. Bahasanya sedap , sebab dia orang dari seberang. Shahnon mewarisi bahasa bapaknya .
Satu pesanan yang saya tak lupa hingga sekarang ialah : ISA , MASA KAMU MUDA SEKARANG NI, IKUT SEGALA NASIHAT TA (itu panggilan pada dia).BILA KAMU TUA , NASIHAT PULA ORANG MUDA-MUDA.
Itu cakapan orang berminda kelas satu.
Post a Comment