Sedikit masa dulu bau busuk SHIT melanda seluruh negara . Secara kebetulan pula dalam SHIT ada PUK***** . Suasana panas melompat2 sehingga berdengung telinga . Cukup panas sehingga setiap hari terpampang di muka suratkhabar . Jualan buku tersebut cukup laris , mulanya dijual RM 50 , turun RM25 , turun dan turun lagi . Diulang cetak berkali2 . Memenuhi pasaran , tapi tak terdapat di kedai buku . Cukup ajaib , dan ia merupakan sejarah kerana sebuah novel dapat dibeli walaupun di lorong2 dan denai dikampong2 yang tersorok . Kalau lah budaya membaca sampai ketahap itu , alangkah bertuahnya Malaysia , kerana rakyatnya gemar membaca . Di waktu itu tahap membaca rakyat Malaysia ialah puratanya sehelai muka surat dalam setahun .
SHIT laris bukan kerana gaya penulisan absurd yang dihidangkan SN Shahnon Ahmad , bukan kerana 'kewangiannya' , bukan kerana teknik pengulangan penulisannya , bukan kerana mesejnya , bukan kerana temanya , sebutkan saja apa saja istilah yang ada dalam sastera , ia bukan kerana itu . Perkataan keramat PUK**** ialah penariknya . Masyarakat kita yang berbeza pahaman politik berdiskusi novel itu siang dan malam berdasarkan PUK***** saja . Nak kupas dari sudut lain masing2 tak reti . Malahan tak baca pun . Kalau baca pun 2 atau 3 mukasurat saja dah mula tak paham . Dah mula bau busuknya dan dicampakkan begitu saja . Sapa nak pegang lama2 .
Bila tanya apa ceritanya ? Dia buka novel itu dan tunjukkan PUK**** yang terpampang besar di pendahuluannya . Bila ditanya lagi , dia tutup lubang hidongnya . Susah nak memahami novel tersebut kerana adunannya cukup kompleks , bahasanya pun banyak jenis2 ayat 'mutasyabihat' . Aku bernasib baik boleh membacanya , kerana memang sastera bidang ku minati . Terimakasih Prof. HB. Jassin dan Prof. Gazali Dunia dan lain2nya kerana didikan mereka cukup bermakna . Drs. Jihaty Abadi aku tak lupakan mu ( Al-Fatihah untuk ketiga orang guru ku ).
Mengikut penilaian ku novel ini akan terangkat darjatnya kalaulah pengarangnya tak masukkan perkataan PUK****. Perkataan tu melanggar tatasusila bangsa , walaupun PUK**** saja yang sesuai dinobatkan . Bukan senang nak tulis tentang seketul taik menghilir-mudek dalam perut , bergelumang dengan lindir2 yang liat menghiasi di segenap dinding usus . Bukan senang nak menaikkan wap2 busuk menyelubongi lubang hidung kita bila membacanya . Bukan senang nak menceritakan lubang ajaib tu terkemut2 apabila ketulan taik nak menujah keluar ke alam nyata . Bukan senang nak menceritakan bagaimana ketul2 taik itu berdialog sesama mereka . Bagaimana nak gambarkan bau busuk yang berbagai jenis dari berbagai jenis makanan . Bau jering dan genuak juga sudah memadai kepada lubang hidong kita . Tapi itu semua mudah pengarang menjelaskan satu persatu . Melebihi dari 250 mukasurat .
Perspektif aku tentang novel tersebut berbeza dari orang lain . Berbeza dari perspektif orang awam , berbeza dari perspektif orang2 politik , berbeza dari perspektif orang yang hanya melihat perkataan PUK**** , berbeza dan berbeza sekali . Yang tak bezanya mereka manusia dan aku juga manusia . Aku jarang melihat sesuatu dari perspektif " 7 orang buta dengan gajah " . Semua orang tau cerita 7 orang buta dengan gajah . Zaman dulu guru2 mengajar cerita tersebut berkali2 kepada murid . Ia berkesan kepada ku sampai sekarang . Begitu juga cerita2 pak pandir , mat jenin , si luncai dan lain2nya seperti nyanyian soneta lagu tiga kupang . Semua itu mengajar ku . Kerana nilai seni sasteranya cukup tinggi . Wah , berlanjutan pula jejariku menari . Baiklah perspektif yang ku dapat ialah tentang diri kita manusia . Kita semua adalah makhluk yang diliputi oleh najis , kita jarang sedar tentang ini , dan kurang pula kita membersihkan najis yang ada pada kita . Apakan tidak dah memang perut kita bersisi najis , dalam lubang hidong ada taiknya dipanggil taik hidong , dalam telinga ada taiknya dinamai taik telinga , dalam mata ada taiknya dinamai taik mata , dalam kuku ada taiknya dinamai taik kuku , anak lelaki yang belum bersunat pun ada tahi kalatnya . Macam2 lagi taik, termasuk taik gigi yang banyak orang telan setiap hari . Dan setiap hari kita bermain taik . Setiap pagi masuk jamban kita dipaksa bermain dengan taik . Oleh kerana dah biasa bermain dengannya kita tak lagi rasa jijik . Tapi kalau suruh basuh taik orang , masyaallah ,lari kita .
Kesimpulannya , bersihlah diri dari sebarang taik . Kerana kita memang bertaik . Dulu sedap makan taik minyak . Sekarang dah tak jumpa dah . Setengah orang dah tak kenal taik minyak . Aku suka makannya dengan nasi beras usang yang panas2 . Beras usang pun dah tak ada .Pakailah sintok untuk membersihkan diri . Sintok pun dah tak kenal lagi . Jadi apa yang ada ?..............taik,taik sana-sini.
No comments:
Post a Comment