Thursday, July 19, 2007

FRATERNITY OF ADVENTUROUS

Zaman persekolahan di waktu penjajahan Inggeris dulu kami dilatih menjadi manusia rasional . Di sekolah Inggeris murid2 dgn pelbagai cara keinggerisannya . English-oriented katakan. Sokmo bercakap Inggeris . Dalam tempoh setahun saja kami telah boleh bertutur dengan faseh , walaupun ada broken sikit sana-sini. But well-conversed . Majoriti ada semangat berhijrah ke negeri orang putih . Sekurang2nya ke London . Ada yang sudah kesampaian dan ada yang masih meneruskan cita-cita tersebut. Md.Pak Choh , salah seorang kawan aku cukup daring telah menyambut impian tersebut selepas Form Three . Dialah yang terulung diantara member2 aku . Dia pi ke Amerika Syarikat . Entah orang putih mana yang dia ampu untuk mensponsor dirinya. Kami yang lainnya ,buat marking-time biarlah selepas peperiksaan senior cambridge. Guru2 kami juga selalunya menceritakan tentang kehebatan di negeri Barat . Kebanyakan guru2 dulu banyak mendapat latihan perguruan di England . Ada yang ke Brinsford Lodge dan ada yang ke Kirkby . Mereka semua hebat , kekadang hebat dari orang putih. Sekarang pun mereka masih lagi hebat. Kalau tak percaya cuba layari laman web mereka ( www.kirkbyite.net /www.brinsfordians.net ) . Lain2nya adalah guru2 luar yang mendapat didikan barat . Depa punya english (kemahiran mereka ) was very strong . Aku masih ingat lagi mereka , terutamanya V.S.Tupper , Noronna dan TS Nayar . Mereka pandai mengajar sebab itu murid2nya gemar belajar inggeris . Dan memang pun dasar Inggeris nak memakmurkan bahasa ibunda dia . Tak macam kita , bahasa sendiri dipercecekan. Jepun,Korea dan Cina tak macam kita . Depa megah dengan bahasa mereka. Tapi bahasa lain depa belajar juga .
Kawan2 senior ku juga ada yang terpilih ke England .Kebanyakan depa ke Brinsford , ke Sandhurts dan Plymouth. Dan depa juga mendapat jodoh di sana , bukan kawin dgn mem Inggeris , tapi orang Malaya juga. Maklumlah kami dulu tak dak sekolah campur lelaki pompuan. Yang lelaki masing2 di Boys' School dan yang pompuan di Girls' School . Jadi di England baru dapat bercampur lelaki pompuan. Kadang2 rasa pelek juga dulu tak campor lelaki pompuan , tapi sekarang dah campor semuanya , termasuk sekolah2 agama sekali.

Kawan ku yang kedua ke luar negeri ialah Ajalmi . Jadi dah 2 orang berhijrah . Yang lain jodoh tak sampai lagi. Sekarang Md.Pak Choh dah menetap di Milwaukee ,Amerika , dan ajalmi pula menetap di London ,England. Dah jadi rakyat sana dan menikah pun orang di sana. Md.Pak Choh menikah dgn anak gadis Amerika dan Ajalmi dengan anak gadis dari Perancis negeri Brigitte Bardot.Dulu Brigitte Bardot ialah bintang tersohor dunia.
Kelab Fraternity of Adventeruos dan Outward Bound School cukup kuat memupuk semangat pemuda2 meneroka dunia. Dan aku dapat merasainya sampai sekarang . Tapi umur yang sudah lanjut mengekat aku turut aktif menjelajah alam. Lagi pun duit pencen setakat cukup makan saja .Kepala jadi pening kerana setiap hari harga barangan naik ,naik tanpa stop . Kat anak2 ku ada juga ku beri semangat , tapi tak menjadi .Kerana dunia sekarang dah tak aman seperti dulu. Dulu dunia aman tak ganas seperti sekarang. Dulu dengan 50 sen , kami boleh berbasikal pusing Tanah Melayu . Cuma bawa surat akuan dari guru besar , kami dapat bantuan dimana-mana sana . Makan free , tidur pun free. Kalau nak berjalan pun boleh, dan kami akan mendapat 'free-lift' oleh kenderaan2 yang berlalu. Sekarang orang tak berani nak beri orang tumpang kereta atau lori . Sekarang banyak penyamun jalanraya dan lebuhraya .Silap2 beri tumpung , kita akan kena samun.Dunia dah berubah,payah nak jumpa keamanan . Kami yang dah tua2 ni hanya boleh bernostalgik saja . Harapnya kami dapat mencapai keamanan di akhirat. Aman di sana abadan-abada.

No comments: