Friday, July 20, 2007

YANG KU CARI IALAH AL-SHAFIE / AL-GHAZALI

Sebelum Imam Shafie kembali ke rahmatullah , beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan seluruh umat Islam :

Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengerja 10 perkara .

1. HAK KEPADA DIRI
Mengurangkan tidor , mengurangkan makan , mengurangkan percakapan yang sia-sia dan berpada-pada dengan rezeki yang ada .

2.HAK KEPADA MAUT
Mengghadakan kewajipan2 yang tertinggal , mendapat kemaafan dari orang yang pernah kita zalimi , membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta pada Allah .

3. HAK KEPADA KUBUR
Membuang tabiat kencing merata-rata , memperbanyakkan sembahyang tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. HAK KEPADA MUNGKAR & NAKIR
Tidak berdusta , bercakap benar , meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati .

5. HAK KEPADA MIZAN
Menahan kemarahan , banyak berzikir , mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6.HAK KEPADA SIRAT
Membuang tabiat suka mengumpat , bersikap warak , suka membantu orang beriman dan suka berjemaah .

7. HAK KEPADA MALIK
Menangis lantaran takutkan Allah swt , berbuat baik kepada ibu-bapa , bersedekah dan memperelokkan akhlak .

8. HAK KEPADA RIDHWAN
Berasa redha dengan qadha dan qadar Allah , bersabar menerima bala , bersyukur atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat .

9. HAK KEPADA NABI S.A.W
Berselawat keatas baginda , berpegang kepada syariat , bergantung pada Hadis , menyayangi para sahabat dan bersaing mencari keredhaan Allah .

10. HAK KEPADA ALLAH SWT
Mengajak manusia ke arah kebaikan , mengcegah manusia dari kemungkaran , menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Rasulullah s.a.w bersabda : "Sampaikan pesanku biarpun satu ayat".

Sabar itu IMAN
Duit bukan KAWAN
Dunia hanya PINJAMAN
Mati tidak BERTEMAN

No comments: