Thursday, July 19, 2007

FRAGMEN NOVEL-------SAMBUNGAN (6)

Dalam suasana yang tak menentu di Banggol Derdap dan persekitarannya,berita kematian Pak Senik menambahkan lagi kepiluan sekeliling.Mereka hanya mendapat berita dua hari kemudiannya. Tiada siapa yang dapat pergi kerana masing-masing ada masalah tersendiri.Masing-masing tak sihat.Dengan sakit lututnya,dengan demamnya,dengan batuknya,dengan peningnya ,dengan sakit kepalanya dan sebagainya.Masalah khinzir dan tikus pun belum dapat di atasi.Cuma beberapa orang perempuan menjadi wakil penduduk ke sana. Anak menantu Jeha menjadi pengiring mereka.Kematian Pak Senik cukup menyedihkan,lebih2nya ialah Lebai Che Nik dan Pak Cik Peng.Belum dapat mereka bermaafan sejak peristiwa lalu.Tambahan pula kematiannya bukan kerana sakit biasa.Pak Senik memerima bala yang cukup berat sebelum menghembuskan nafas akhirnya. Dia terpaksa bertarung selama lebih dua jam dengan seekor harimau garang.Semasa itu dia sedang mencari manisan lebah.Dia bersama kawannya.Mereka berdualah yang bertarung dengan harimau itu.Tapi Pak Senik tewas sementara kawannya terok dibelasah harimau.Dia dapat membawa dirinya pulang dengan badan berlumuran darah.Habis seluruh badan dicakar harimau. Pak Senik tak dapat di selamatkan.Dia meninggal di tempat kejadian.Kawan Pak Senik pun hampir menemui maut,kalau tidak dengan tetakan parangnya di domoi harimau itu. Harimau meraung kesakitan dan melompat lari entah kemana hala tujunya.

No comments: