Senaman hanya berguna kat orang2 kerja di pejabat dan tak dan nak berkebun.
Orang kampong tak perlu , kerana kerja2 di kampong dah banyak mengeluarkan peloh. Peloh keluar sampai ke hujung keting dari pagi ke petang.
Dulu masa aku mengajar di luar bandar , budak2 aku tak diajar bersenam . Pelajaran senaman aku ganti dengan pelajaran kira2 ataupun bahasa inggeris . Apa guna dok pi depa dan bengkok tangan . Apa guna dok kangkang -katup . Apa guna dok lompat ke kiri ke kanan . Depa mai ke sekolah pun dah berjalan kaki sampai 3 batu ( zaman dulu la ). Zaman la pak hangkut dengan motor . Balik petang pula kerat rumput sampai 2 , 3 kenarang . Ada lagi kerja depa buat yang lebih dahsyat dari senaman . Naik pokok pinang ambik anak burung . Panjat pokok petai , naik pokok guce . Naik pokok yang berbagai . Mandi sungai , terjun tebing sungai . Lebih hebat lagi dari pelatih sukan olimpik. Mai dok senaman di padang 30 minit , ele gampang . Jadi aku tak ajar tu semua . Depa main bola di padang keras . BOLA PULA DI BUAT DARI SEKERAP . ADA BOLA DARI BUAH LIMAU . Dah memadai dengan aktibiti persendirian mereka .
Di musim buah pungal buah dengan kayu . Tak payah dok baling lembing lagi .
Dulu lain sekarang lain. Di masa depan lagi banyak lainnya....berlain-lainan , ada serba mak-nenek.
No comments:
Post a Comment