Thursday, July 19, 2007

LAMA TAK JUMPA ?

Tadi pergi ke pasar minggu . Di tempat aku di panggil Pekan Selasa . Pasar ini sangat bersejarah . Ia telah ujud sejak sebelum merdeka . Tapi lokasinya dah di pindah kebanyak tempat . Sekarang lokasinya dekat dengan traffic-light . Satu2nya traffic-light di daerah aku , satu daerah yang lebih besar dari negeri Perlis Indra Kayangan , yang sekarang dah jadi Darul-sunnah . Yang leceh sikit dengan pekan selasa ni ialah kebersihan . Langsung tak dijaga . Kadang-kadang busuk menikam terus ke lubang hidung . Lubang hidung aku yang dah usang pun , yang sama luas dengan lubang hidup Mat Nisfu , dapat menangkap bauan yang tak disenangi . Pegawai2 majlis tempatan bukan tak tau , tapi tak prihatin . Sikap orang kita kebelakangan ni aku pun tak paham . Bukan itu saja bau lori2 pengangkut sampah pun berbau hangit . Bila berselisih dengannya , hidung mesti di selindungi . Kalau tidak ropong kalau dibiarkan . Tu baru merdeka 50 tahun , dah nampak relai nafsu dan sikap kemerdekaan . Zaman penjajah dulu , masa aku bersekolah dan selepas tu bekerja , kecintaan pada negara cukup tinggi . Berjuang untuk merdeka mati-matian . Aduuh,aduuuh sedih sungguh .Aku tak mau berleter panjang . Aku nak cerita balik pasai pekan selasa tadi . Banyak aku bertemu kekawan lama . Masing2 bertegur-sapa . Ayat lazim yang terkeluar ialah 'lama tak jumpa ? '. Ya lah bila dah tua ni , banyak masa dihabiskan di rumah . Buat kerja sendiri2 . Aku agak paling beruntung kerana dapat menambah ilmu melalui komputer ku . Selain menulis aku banyak membaca , banyak perkara2 baru dapat ku ketahui . Disamping tu boleh online TV seluruh dunia . Boleh membaca suratkhabar seluruh dunia . Berita sampai kepada ku lebih pantas . Boleh emel pada kawan2 dengan lebih pantas dan termurah . Emel Ajalmi di London sokmo2 . Aku berinteraksi dengan Tok Kaseng pun dengan emel . Guna telepon kena duit .Guna komputer menjimatkan .Kekawan yang ku jumpa di pekan selesa dah senget2 semuanya . Aku pun dah sengat sikit , kerana penyakit arthritis aku . Tapi masih bisa jelajah sana-sini . Apa nak hiraukan , the world is ours .Make sure that life after death is also ours . Free as the birds can fly . BORN FREE.

No comments: